Thursday, September 21, 2017

ANTARA ANAK DAN IBU


Dalam perjuangan yang begitu besar, punya nama yang besar, kadangkala tewas juga dengan perkara dan masalah kecil.

Nawaitu perjuangan kena betul. Malu sikit dengan kami yang menyokong, tanpa ahli, tanpa nama, tanpa jawatan, tanpa pengaruh...



Wednesday, September 20, 2017

ORANG UMNO JANGAN BERLAGAK DAN SOMBONG KATA SALLEH KERUAK

KEMASKINI
Tulisan terbaru Tun di chedet blog, pesanan kepada orang umno juga. Jangan boros berbelanja mahal untuk sekeping gambar,  realiti dilayan macam pariah.






EKONOMI DOMESTIC MALAYSIA MULA KENA SENGGUGUT


KERUGIAN...KEDAI 1MALAYSIA DITUTUP....

PENGANGGURAN MENINGKAT..

APAKAH BANTUAN MEMAKMURKAN EKONOMI AMERIKA DITERUSKAN JUGA..... 




Tuesday, September 19, 2017

ANNUAR MUSA NAK JADI TUKANG PUNGUT

Kemasukan mereka semula ke umno boleh menggugat Pakatan Harapan dalam ketika umno sangat² desperado sokongan..

















PESTA GAY, BEER.....APA SUDAH JADI DENGAN UNDANG UNDANG KERAJAAN UMNO MALAYSIA

Pesta tarian gay terbesar dunia di Kuala Lumpur 30 September


ISMA WEB
http://dialograkyat.blogspot.my/2017/09/pesta-tarian-gay-terbesar-dunia-di.html

BANGI  – Belum selesai isu pesta arak Better Beer Festival, umat Islam dikejutkan lagi dengan penganjuran pra-pesta muzik tarian gay yang akan diadakan di Rooftop GTower, Kuala Lumpur.

Parti muzik gay ‘White Party BKK Warm Up’ itu dikatakan yang terbesar di dunia, diadakan pada 30 September ini.

Berdasarkan poster dan laman web, pesta tarian ini adalah anjuran DivineBliss Malaysia.

Difahamkan, penganjur menjemput semua ahli komuniti LGBT dan gay dari seluruh negara untuk datang beramai-ramai bagi memeriahkan pesta ini.

Acara ini terhad kepada mereka yang berumur 21 tahun ke atas sahaja.

Pesta Gay ini dicetuskan oleh veteran industri hiburan, Blue & Bond Satittammanoon dari Cloud 9 Inc, salah satu syarikat penganjuran konsert dan festival yang terkemuka di Thailand dengan kerjasama Jeffrey Sanker, CEO White Party Entertainment Inc.

TIDAK PERLU JADI HERO, MEMADAI JADI NETIZEN YANG BERANI TANGGUNGJAWAB....U CAN RUN BUT U CANNOT HIDE..

Apabila seseorang itu berkhidmat 15 tahun di tempat yang sama dan sepanjang perkhidmatan, tidak ada isu vokal yang dikaitkan dengannya, ianya satu petanda perkhidmatan yang baik walaupun mungkin tidak cemerlang.

Najib sendiri belum pun 10 tahun, politik Malaysia huru hara..jutaan rakyat menyebutnya setiap hari antara dipuji atau disumpah..
Lebih teruk dari era paklah.



Bagi penulis sendiri, pada satu ketika dulu, di era paklah, ada juga satu dua isu tentangnya disentuh dalam blog ini.

Apa yang menarik tentang perletakan jawatannya sebagai Timbalan
Pengerusi Khazanah adalah di tengah tengah keadaan kerajaan umno memerlukan sokongan walau dari seorang otai seperti mad taib di usia 72 tahun, masih laku.

Terima kasih pada Tun, 92 tahun yang dulunya dianggap sudah layak tunggu di tepi lubang kubur tetapi rupanya mampu menggoncang sebuah parti yang disangka kuat dan pernah membuatkan pemimpin utama dan isteri tidak tidor lena. Hari ini otai otai politik sudah ada harga.



Perletakan jawatan Nor Mohamed Yakcop juga hebat dalam ketika semua orang memperkata dan mengagung agungkan DUIT SEBAGAI RAJA. Tidakkah Nor Mohamed Yakcop rasa kehilangannya.

Ketika negara luar kehairanan melihat rakyat Malaysia yang begitu bersabar dengan sebuah kerajaan yang tercalar integritinya, kemunculan seseorang seperti Nor Mohamed agak melegakan, memberi harapan jutaan lagi rakyat akan membuat keputusan yang betul pada PRU14.




Apapun yang paling menarik ialah beliau mengambil peluang untuk bercakap bagi pihak dirinya di RCI Urusniaga Forex BNM, sangat berbaloi dan indah di hujung usia dan akan dikenang seperti itu.




PESTA ARAK - UJIAN DAP UNTUK BERADAB

Tahniah kepada DBKL kerana tidak memberi kelulusan kepada satu pesta beer yang langsung tidak memberi faedah kepada keharmonian dan perpaduan kaum di Malaysia.




Mereka akan memandu di jalanraya dan mampu mencedera, merosakan dan membunuh pengguna lain dan hartabenda awam.

Jika ia satu budaya, beli satu dozen dan balik rumah minum sendiri anak beranak.

Ia bukan lagi boleh dibudayakan oleh mana² kaum di Malaysia atau pilihan yang ada samada ke Singapura atau China, itupun jika dibenarkan???

Azmin atau lim guan eng juga wajar tidak membenarkan pesta tersebut diadakan jika penganjur cuba mengalihkannya ke sana.

Ini ujian paling kuat untuk DAP mendisiplin dan mendidik kaum arak dan penyokongnya supaya jauhi arak.

Penganjur dan pemimpin DAP jangan bertindak sehingga dilabel biadab dan membangkitkan sebarang provokasi yang mencabar kesabaran umat Islam.

Berada dalam PH bukan satu lesen kebebasan untuk melakukan sesuatu yang bertentangan sosio budaya dan jangan samasekali cuba mengheret komponen PH untuk turut menyokong.

Pemimpin DAP juga terdedah dengan dedak dan Lim Kit Siang wajar memantau supaya mereka tidak menjadi agen untuk memusnahkan perpaduan PH dan membangkitkan kemarahan orang Melayu.

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...