Saturday, August 12, 2017

SIAPA YANG LAYAK BERSIHKAN NAMA PM


Langkah Najib membersihkan nama Jho Low dengan hanya beberapa baris ayat sangat menarik.. Jawapan bertulis. 

Tidak ada ulasan menangkis segala bentuk tuduhan sebelum ini  yang mengaitkan Jho Low dengan 1MDB.

Sesuatu yang rakyat harus pegang kerana itu taruhan peribadi Najib dalam memberi jaminan. 
sudah tentu jaminan itu atas kesedaran PM tahu keseluruhan proses dan pengurusan 1MDB. 
Jika PM hanya tahu sebahagiannya sahaja,  mana mungkin PM memberi jaminan. 
Jika ada pembuktian selepas ini Jho Low ada kaitan dengan 1MDB, sudah tentu PM bertanggung jawab sepenuhnya untuk menjawab. 

Selepas PM membersihkan nama Jho Low,  siapa pula yang akan membersihkan nama Najib. 

Bolehkah Jho Low tampil menyokong (?) stau sekurang kurangnya mengucapkan terima kasih kepada PM kerana membebaskanya dari difitnah oleh pembangkang,  oleh mahkamah Singapura,  oleh DOJ. 

Sudah tentu Zahid,  Hishamuddin,  Salleh Keruak tidak layak berbuat demikian atau membersihkan dengan sekadar air lior,  mereka tahu tidak lebih dari hanya apa yang diceritakan oleh PM.

Antara yang mungkin boleh membantu dan membersihkan Najib dan 1MDB adalah membuka Laporan Audit + penubuhan RCI. 
Bertambah baik Jho Low dan beberapa nama lain yang sebelum ini langsung tidak dipanggil,  perlu di bawa ke hadapan untuk soal siasat. 



Membersihkan nama Jho Low tanpa membersihkan nama Najib seolah menggambarkan Jho Low itu lebih penting untuk diselamatkan sedangkan Negara sedang dipersendakan atas gerak laku Najib. 

Lebih penting buktikan pembangkang salah. 




Friday, August 11, 2017

BERLAPANG DADA

Penahanan PBoonPoh exco limguaneng oleh SPRM adalah satu lagi tindakan drastik yang diambil dari keadaan biasa,  di panggil untuk disiasat. 

Ia mungkin berkaitan operasi kilang karbon haram di Sungai Lembu yang beroperasi sejak 15 tahun  lalu mendapat bantahan penduduk kerana pencemaran. 

Walaupun dianginkan,  nampak seperti political move, ia tidak harus ke arah itu jika tiada angin,  masakan pokok bergoyang. 

Sudah tentu SPRM tidak melakukan 100‰ kerja sia sia dan buang masa jika tiada asas rasuah berlaku. Tanpa mengira siapa,  tindakan SPRM wajar disokong. Tiada kompromi. 

Sebarang pecah amanah wajar ditentang.  Sebab itu segala bentuk siasatan kepada sesiapa sahaja wajar disokong. 

Jika dalam melaksanakan terdapat kecuaian tidak berperaturan,  sprm boleh dicabar sepertimana yang dilakukan oleh lim guan eng.
Jika ini satu political move,  ia juga akan dihakimi oleh rakyat melalui PRU. 
Jika bersalah,  terimalah padah. 

Berlapang dada. 

MEMPESTAKAN LIM GUAN ENG DAN AZMIN TIDAK KESAMPAIAN

Kalaulah ini satu lagi projek PH di Selangor atau Pulau Pinang tentulah 7hari7malam Azmin dan Lim Guan Eng dipestakan oleh golongan munafik dan murahan. 













Thursday, August 10, 2017

KATAKAN TIDAK KEPADA PEMIMPIN PALSU


Pemimpin yang berbohong,  tidak menunjukan tauladan dan akhlak yang baik dan paling tidak senonoh ialah tidak amanah adalah pemimpin pemimpin palsu. 

Pemimpin ini jika mempunyai kuasa politik sangat merbahaya kepada bangsa,  ugama dan negara. 

Jom,  walau di dalam hati,  kita katakan tidak kepada mereka. 

Wednesday, August 9, 2017

PERSIDANGAN BAWAH MEJA, INI SEBENARNYA....


SEMUA BERPUASHATI

SI KITOL DAN RAJA MENDELIAR

Kerja melabel yang dulunya kerja orang PAS kini berjangkit kepada pemimpin umno. 

Kehabisan isu dalam cuba memburukan Tun Dr Mahathir,  kini beralih kepada yang bersifat peribadi,  keturunan cuba dimainkan.

Untuk kepuasan penyokong sendiri dikira berjaya tetapi untuk mengubah persepsi rakyat,  sangat gagal. 

Hasutan si kitol dan raja mendeliar untuk campurtangan kuasa asing

meruntuhkan empire kesultanan melaka tetapi bezanya apa yang berlaku sekarang adalah kebenaran yang disembunyikan oleh kesyaitanan lanun yang merompak rakyat sendiri. 

Jangan buat kerja orang bebal yang merasakan dirinya dan partinya kebal. 
Rakyat sedang menyelamatkan negara mereka sendiri daripada digadai kepada syarikat dan kerajaan asing melalui penguasaan ekonomi. 

Pemimpin umno kena belajar semula sejarah,  supaya apa yang dilabel tidak kembali terpalit ke muka sendiri. Kaji sejarah Qarun yang diceritakan dalam Al Quran, bukankah itu lebih benar dan utama.. 

Pemimpin umno kena ingat,  mereka sekarang berada di penghujung keruntuhan dan setiap nama mereka akan terpahat dalam sejarah sebaris dengan nama jholo,  paris hilton,pulau clayman dan pembesar lain sebagai penyokong lanun dan keleptokrasi.

Mereka patut lebih bimbang dan mula membilang hari. 









Tuesday, August 8, 2017

ZAHID LALUI JALAN MATI..

Boleh kah dianggap umno kini memperjudikan,  mempertaruhkan zahid hamidi sebagai sandaran baru umno akan survive atau tidak.

Jika keseluruhan cerita zahid hamidi tidak berbohong berbanding dengan Tun Dr Mahathir,  zahid boleh dianggap wira kecil tetapi jika zahid lebih berbohong dari Tun, seluruh masalah dan imej umno akan terbeban kepada zahid. 

Sekurang kurangnya jika umno rosak teruk selepas ini,  tidaklah boleh disalahkan kepada skandal 1mdb, klepektasi,  derma pak arab, gst sahaja,  zahid turut menyumbang. 

Inilah tugas baru zahid yang perlu digalasnya selain tidak lagi boleh berpaling melainkan menjadi pak turut kepada keperluan dan kemahuan najib. 

Jika benar zahid ada rakaman,  bagai ada tombak di tangan, kenapa perlu tunggu lagi... 

Jika benar zahid ada rakaman, akal panjang sudah tidak perlu lagi.. 

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...