Tuesday, August 8, 2017

ZAHID LALUI JALAN MATI..

Boleh kah dianggap umno kini memperjudikan,  mempertaruhkan zahid hamidi sebagai sandaran baru umno akan survive atau tidak.

Jika keseluruhan cerita zahid hamidi tidak berbohong berbanding dengan Tun Dr Mahathir,  zahid boleh dianggap wira kecil tetapi jika zahid lebih berbohong dari Tun, seluruh masalah dan imej umno akan terbeban kepada zahid. 

Sekurang kurangnya jika umno rosak teruk selepas ini,  tidaklah boleh disalahkan kepada skandal 1mdb, klepektasi,  derma pak arab, gst sahaja,  zahid turut menyumbang. 

Inilah tugas baru zahid yang perlu digalasnya selain tidak lagi boleh berpaling melainkan menjadi pak turut kepada keperluan dan kemahuan najib. 

Jika benar zahid ada rakaman,  bagai ada tombak di tangan, kenapa perlu tunggu lagi... 

Jika benar zahid ada rakaman, akal panjang sudah tidak perlu lagi.. 

DI MANA CERDIKNYA PAS UNTUK RAKYAT TUMPANG




Monday, August 7, 2017

HUSAM MUSA KRITIKAL PADA LEBUY ANGGUK



I KNOW WHAT YOU DID LAST SUMMER..

Menjelang pilihanraya,  ramai yang takut dengan bayang sendiri, antaranya yang selalu mengaku ikhlas,  yang selalu mengaku demi rakyat,  dekat dengan rakyat, yang mengaku berani kerana benar, saya hanya takut kepada Allah tetapi... 

Yang masih ghairah,  mereka cemas jika tidak dicalon semula. Yang dah penat promosi diri dan diberi janji,  cemas tidak tercalon.. 

Selain bayang bayang,  ada yang lebih bermasalah,  dihantui.. 

Untuk menutup semua itu,  berbohong adalah salah satu cara melegakan.. Ia tidak lama, pembohongan tadi tidak sempurna, ada kelemahan.. Jadi perlu ada lagi satu pembohongan untuk justified dan melindunginya.. Begitulah seterusnya dengan harapan terus berjaya, untuk berjaya menutup pembohongan,  mesti berkuasa atau ada wang yang banyak atau terus berkuasa.. 

Anda sokong untuk apa? 





JERUNG SERAH DIRI PADA SPRM





Minggu lepas,  SPRM melalui Ketua Pesuruhjayanya menyatakan kekeliruannya berhubung istilah ikan bilis dan jerung dalam kendaliannya. 

Rakyat lebih keliru apabila SPRM sendiri keliru untuk memahaminya. Kekeliruan atau keraguan rakyat terhadap SPRM bukan setakat itu, tetapi agak sepi info dalam penghujung beberapa siasatan besar...

Tetapi berbeza kali ini,  jerung serah diri untuk disiasat dan jerung yang sama menggesa jerung yang lebih besar disiasat.. Ini satu peluang tidak boleh ditolak oleh SPRM,  sudah tidak ada kekeliruan istilah.. 

Bukan sahaja satu dua jerung,  alang alang menyeluk perkasam,  siasatlah sekali dari kepala sampai keekor beberapa beberapa beberapa lagi jerung di peringkat Bahagian,  Negeri dan Pusat.. 

Siasat dulu,  dakwa atau tidak,itu dibawah kuasa AG,  rakyat akan terus perhati dan pantau.. Rakyat juga tahu untuk bertindak mengikut lunas undang2 pada masa yang sesuai dan perlu. 

Kena percaya,  rakyat tak bangang pada semua waktu dan semua perkara. 

Sunday, August 6, 2017

BILA TV3 AKAN DEDAHKAN RAKAMAN "MULA HINGGA AKHIR" PERJUMPAAN TPM ZAHID DENGAN TUN DR MAHATHIR

Pertemuan Zahid dengan Tun sebaik sahaja dilantik TPM bukan perkara baru,  sudah ada desas desus sebelum ini. Tidak ada penafian dari kedua pihak. 

Ia hanya menjadi panas apabila isi perjumpaan didedahkan oleh Tun. 

Jika zahid mendakwa Tun "tidak suka" kepadanya sejak azali atau tafsiran lebih tepat "tidak percaya" kepadanya sejak azali,  apa missi dan vissi Zahid terhegeh hegeh untuk berjumpa Tun yang pada masa itu sangat keras meminta Najib berundur? 

Siapa berbohong? 
Pertaruhan yang mewakili parti masing² lebih lebih lagi Najib sudah sahkan lebih percaya zahid. Suatu yang sudah dijangkakan untuk his political mileage. 



# Kesanggupan zahid disiasat kekayaannya dan gesaan kekayaan Tun dan keluarganya disiasat merupakan satu lagi boomerang!!! 

APA KEPERLUAN DAN NIAT ZAHID JUMPA TUN SELEPAS 10 HARI DILANTIK TPM



Hakikatnya pada masa itu Tun adalah musuh no1 Najib. 
Zahid nak junpa musuh,  Najib kata ok???? 
Hakikatnya zahid kata Tun tidak suka kepadanya sejak dulu. 
Dikhabarkan juga Muhyiddin turut sedar niat zahid jumpa Tun? 



Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...