Monday, May 22, 2017

SOKONGAN KEPADA PEMBANGKANG KERANA TUN DAN BERSATU, JANGAN LUPA TU..



Apakah pembangkang mula terfikir bahawa mereka boleh tawan Puterajaya tanpa pengaruh Tun Dr Mahathir melalui BERSATU (?)

Saifuddin Nasution jangan cuba meliwat dan terpengaruh dengan hasutan !!!!!







Sunday, May 21, 2017

SALLEH KERUAK AJAK BERSATU..




Menteri sama lah macam lebai lebai yang ada,  kalau bercakap lembut lidah dari gigi,  pijak semut pun tak mati.. 

Salleh kena bermula dengan menghormati orang tua,  cakap berlapik tunjuk sikit adab berkomunikasi, hormat pemimpin lama yang sudah banyak jasa..

Hakikatnya rakyat bawahan sentiasa bersatu menunggu PRU,  kita lihat nanti siapa yang akan kecohkan,  pecahbelahkan.. 




Nasihatkan tv3, jasa, anuar musa,  blogger bangang,  pendedak dan kutu kutu yang berselerak,  dalam ni pun ada.. 





# bersatu kena bermula dengan pemimpin, buang yang keruh ambik yang jernih,  buang yang selekoh lantik yang bersih.

Saturday, May 20, 2017

UMNO DAN DAP MAKIN TIDAK RELEVAN.

PRU14 sedang dibawa ke arah Melayu Vs Chinese dan Islam vs kafir (?)  Sejauh mana kebenarannya dan apa matlamatnya (?)

Siapa yang bawa (?)

Nasrudin Tantawi ada meniupkan trumpet amaran kononnya ada rampasan kuasa Islam akan berlaku (?) Apabila tidak ada pernyataan atau pembuktian,  amaran tersebut dianggap tin kosong,  sekadar suara politik minta nyawa dan perhatian. 

Ancaman kepada orang Islam berterusan bukan sahaja di Malaysia tetapi satu dunia, bukan sekadar peringatan bermusim dan bermotif tetapi kena berjaga sepanjang masa. Kuasa Islam lebih mudah hilang apabila amanah dan akhlak pemimpin dan penduduk Islam lemah dan runtuh. 

Jika pun PAS lemah, kalah atau lenyap. Itu tidak bererti rampasan kuasa Islam berlaku,  PAS hanya sebuah parti berkepentingan individu sama seperti umno, dap dan sebagainya.. 

Selain dari Nasrudin,  pihak lain yang lemah juga akan memainkan sentimen ugama dan bangsa ini. DAP dan umno adalah dua parti yang mempunyai potensi ke arah ini kerana penyokong mereka lebih bertemakan bangsa dan sentimen ugama diangkat untuk menanam rasa permusuhan. 

Jika berlaku permusuhan dan ketidakharmonian,  susur galur berpotensi datangnya dari kedua dua parti ini. Sangat tidak bertanggungjawab. 

Semakin dekat dengan pilihanraya umum, parti desperate yang sudah dikenalpasti akan mencanang amaran dan ugutan seolah negara ini tidak ada undang2 dan perlembagaan. 

Paling malang, helah pemimpin yang takut hilang kuasa ini ditelan bulat pula oleh penyokongnya,  dua kali bangang. 

Jom kita lawan segala bentuk provokasi kearah ketidakharmonian kaum,  lawan pembohongan,  lawan penipuan dan tolak pemimpin yang korup. 

Orang Melayu akan terjerumus jauh kalau salah pilih pemimpin.  Pemimpin yang korup, akhlak buruk dan tidak amanah akan mudah tunduk kepada kuasa besar dan kuasa wang.  Pemimpin sebeginilah yang mempercepatkan kuasa Melayu dan Islam hilang. 

Friday, May 19, 2017

KELUAR BERSATU



Parti cendawan, dinamakan Parti Harapan Malaysia sekadar untik mengelirukan pengundi dengan Pakatan Harapan akan bergabung dengan PAS,  elok sangat yang keluar BERSATU,  DAP, AMANAH atau PKR join parti baru ini. 

Tidak boleh tidak,  tidak boleh lari Pakatan Dedak Malaysia (PDM) 



Heboh sangat beberapa nama akan keluar dari BERSATU yang dikatakan ada kaitan dengan ketidakpuasan beberapa perkara pengurusan dan sebagainya. 

Kekuatan BERSATU bukanlah atas jumlah keahlian dan kemudiannya banyak pula songel dan kerenah,  adat berparti dan berpersatuan tidak dapat memuaskan kehendak semua pihak.  Lebih penting menjadi ahli adalah untuk menyokong dan bukannya berebut nak jadi pemimpin. 

Jumlah sokongan kepada BERSATU sebenarnya lebih banyak dari yang menjadi ahli. Bagi yang nak keluar parti,  sudah tentu di alu alukan, penyokong BERSATU memang cukup meluat jenis orang (AHLI)  macam ni,  tak perlulah bagi seribu alasan,  tak perlu tegak benang yang sudah basah kuyup, sila berambus. 

# Sokongan kepada BERSATU bukan untuk kepentingan Mahathir, Muhyiddin,  Mukhriz tetapi untuk menghentikan salahguna kuasa umno. 

Menewaskan umno di PRU bukan atas kekuatan BERSATU sahaja,  bukan atas satu parti tetapi secara berkumpulan.  Itu sebab pintu masih terbuka untuk PAS berfikir secara rasional bekerjasama dengan Pakatan Harapan atauana mana parti yang difikirkan sesuai. 

Jika PAS boleh kalahkan umno dalam tiga penjuru atau PAS boleh kalahkan umno satu lawan satu, memang Pakatan Harapan sudah tidak diperlukan. 

Congaknya PAS tak mampu menang dalam tiga penjuru atau dua penjuru.  PAS masih memerlukan sokongan Pakatan Harapan dan begitulah sebaliknya. 
Apa salahnya PAS hanya bertanding di 40 kerusi yang selamat menentang umno dengan sokongan Pakatan Harapan dan penyokong PAS pula memberi solongan kepada Pakatan Harapan pada baki kerusi yang lain. Win win situation. 

Lainlah kalau PAS nak bersama UMNO menentang Pakatan,  pertandingan dua penjuru,  itu lebih logik dan dihormati. 

Terpulang kepada PAS samada untuk menjadi penghalang,  pengkhianat atau penyelamat Rakyat dan negara. 
Mereka yang keluar BERSATU juga berada pada status yang sama. 




# aku bercakap atas kapasiti peribadi aku sebagai penyokong. 


Wednesday, May 17, 2017

MAT OVER YANG OVER.... RAMAI YANG MELENTING NI

Insiden Mat Over menampar David Teoh adalah sesuatu yang lebih over berbanding dengan David yang over. 

Dalam majlis yang santai PM dan Pegawai Keselamatannya lebih bersedia dengan pelbagai ragam audien. 
PM sebagai politician yang matang, provokasi David Teoh sangat ringan. 
Lebih cantik jika PM dapat handle kegelojohan David.

Tindakan Mat Over menafikan sikap marhaen PM berdepan dengan rakyatnya sendiri,  kalau nak ketat protokol,  buat aecara formal,  bukan santai. 

Who is mat over yang over??? 

Rosyam Nor bukan moderator yang sesuai dan berpengalaman untuk mengendalikan majlis yang berbau politik,  provokasi dan propa.

Banyak lagi majlis yang lebih panas seperti yang dianjurkan Sinar Harian dapat dikendalikan dengan baik oleh moderator yang berpengetahuan dan pengalaman. 

Demi mengaut publisiti dengan menggunakan public figure, memang majlis itu mendapat perhatian dalam istilah dicemari keganasan.  


# oh ye,  kalau nak dipolitikan,  boleh juga.. Dah ramai tularkan, dikaitkan bangsa dan parti yang dilemparkan kepada David,  berbaloikah.. 

Belum cukup Islam kah aku kalau tak sokong PAS

Belum cukup melayu kah aku kalau tak sokong umno..




SATUS QM TERKINI

  Sejak Disember 2023 agak kecoh di medsos dan berlarutan hingga sekarang. Masing masing yang peka berkenaan perkembangan QM mungkin tidak p...