Friday, November 25, 2016

PEMBANGKANG TUDUH MELULU, PEMIMPIN BERTUNGKUS LUMUS...

Bekerja keras memikir untuk memajukan rakyat menyebabkan sesetengah pemimpin tak cukup tidor,  rakyat perlu faham dan tunjuk simpati dan hormat...








Thursday, November 24, 2016

KESIAN SI XAHID



Belum jadi Timbalan Presiden parti,  belum sedap lagi duduk di kerusi empuk Timbalan Perdana Menteri, gamaknya dah ada yang songket hingga Zahid terpaksa menari ikut gendang.

Kalau tak nak bersetia pun,  dah terlambat...


.. POLITIK SATU PERNIAGAAN..

Pening juga apa bisnes terbaik untuk merawat ekonomi yang dilaporkan bagus tetapi rasa payah.

Kalau sukar itu salah rakyat,  kalau bagus dan mewah,  itu tanda kebijaksanaan kerajaan. Kena hafal sifir tu.

Dengan Tun yang sudah tua dan PERKASA yang berjuang secara "ideal", BN akan menang lagi kalaupun MIC MCA ADNAN SATEM tak sokong RRU135.

PAS memadai majoriti di Dewan Negara, standard Nik Abduh.

Strategi bisnes kena selari dengan politik semasa. Pertanian adalah satu perniagaan lebih masuk akal.
Apa yang nak ditanam atau diternak untuk hasil maksimum. Benih nak ambik dari mana.. Benih yang mudah dibeli...

Selepas membaca puluhan blog dan media,  yang paling berpotensi ialah ternak seramai mungkin "kaki ampu dan kaki bodek"..
Latih cium tangan..
Asal boleh jawab,  betul ke tidak,  kemudian kaberap...
Benih terbaik di sebuah kota land below the wind...


..bersambung

Wednesday, November 23, 2016

PAS SETAKAT DIBERI MUKA UNTUK BENTANG USUL

*SELEPAS 43 TAHUN*.

YB Hadi Awang, mencipta sejarah baru bagi PAS apabila menerima jemputan untuk hadir ke perhimpunan Agung UMNO minggu hadapan.

Akhirnya perjuangan PAS di khianati oleh YB Hadi Awang apabila sanggup bersekongkol dengan UMNO.

Di manakah AMANAT HADI AWANG DAHULU?..di manakah PRINSIP PAS DAHULU?...dan DIMANAKAH PERJUANGAN PAS DAHULU?....

Apakah kerana RUU355 maka PAS bersama UMNO? (yang mana parti komponannya iaitu MCA, PBS, PBB dan MIC menolak keras RUU355).

Tahukah AHLI-AHLI PAS bahawa RUU355 itu hanya di baca di PARLIMEN sahaja bukan untuk di luluskan, dan perbahasannya untuk di pinda akan di jalankan di dalam dewan yang mulia itu pada tahun hadapan.

Kebarangkalian RUU355 itu lulus untuk di pinda adalah sangat tipis..YB Hadi Awang hanya menipu buat sekian kalinya sahaja.

Dan yang pasti PAS telah dan sedang di permainkan oleh UMNO sekali lagi tanpa segan dan silu.

Tapi sebenarnya bukan isu RUU355 yang menyebabkan PAS di heret untuk bersama UMNO demi survival UMNO.

YB Hadi Awang mengheret PAS kedalam persepakatan UMNO dan PAS kerana semata-mata terhutang budi sebanyak RM90 juta.

RM90 juta yang di terima oleh YB Hadi Awang itu adakah satu fitnah?....(kalau fitnah kenapa tidak di ambil tindakan terhadap orang yang membocorkannya awal dahulu).

Kepada ahli PAS, sedarlah, bangun dan berdirilah bahawa anda sekali lagi di tipu oleh YB Hadi Awang demi survival politik beliau.

Maafkan saya sahabat PAS kerana terpaksa menggunakan perkataan PAS di dalam penulisan ini walaupun hanya 5% sahaja yang bersetuju dengan perbuatan YB Hadi Awang, saya terpaksa menggunakan perkataan PAS kerana YB Hadi Awang adalah Presiden PAS dan ianya mewakili PAS.

Tolaklah YB Hadi Awang dan sekutunya, gantilah YB Hadi Awang di dalam pemilihan akan datang kerana YB Hadi Awang bersubahat dengan pemerintah yang zalim dan merosakkan masa hadapan generasi penerus negara ini.

*SAJA NAK TANYA*, sanggup ke anda menjual maruah dan pegangan anda sebagai ahli PAS semata-mata kerana PRESIDEN anda mendapat RM90 juta dan anda hanya alat beliau.

*SHUKUR MOHAMAD*
(ahli *PPBM* seumur hidup)


# SESIAPA JUA YANG MEMPERALAT ISLAM UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI DUNIA SECARA TIPU MUSLIHAT KITA MINTA DIA DAN PUAKNYA DILAKNATI DAN DIHINA DI DUNIA DAN AKHIRAT.

Tuesday, November 22, 2016

TAKKAN PAS LUPA



Isu dakwaan SR bahawa PAS terima 90 Juta dari seseorang atau sesepati atau sesepihak,  dengan tegas PAS menafikan dan akan saman SR.

Hari ini sudah selasa,  sudah saman kah.. Atau belum jumpa peguam yang sesuai...

Integriti apa yang mahu dibawa oleh Hadi untuk membentangkan RUU355 Akta Mahkamah Syariah (?) untuk dihormati dan disegani dan disokong kawan dan lawan.


# Setakat ini,  Erdorgan meletakan akhlak Islam untuk mengurus negara tanpa serban dan jubah. 
Nik Abduh patut belajar bahawa perjuangan pemimpin untuk berakhlak Islam adalah ciri lengkap taqwa disisi Allah dari hipokrik ditikar sejadah tanpa hidayah. 






MAHATHIR MALU ADA KAWAN SEPERTI IBRAHIM ALI

Cetusan PERKASA akan meletakan calon di PRU dan keinginan Ibrahim Ali mahu jadi PM dengan maklumbalas Tun Dr Mahathir kesal dengan Ibrahim Ali  akan memberi kesan samada ahli PERKASA akan berhijrah ke BERSATU atau makin ramai Melayu yang akan sokong Ibrahim Ali.





Take notes please:
Selepas ini pecacai dan pendedak yang kutuk pelbagai gelaran kepada Ibrahim Ali akan menjulang setingginya seperti Hadi dijulang.
Mereka sanggup jilat semula lendir dan kahak sendiri.


𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...