Monday, February 5, 2018

TUN MENJIWAI ANAK MUDA SEKALIGUS MENYANGKAL FITNAH KE ATAS USIANYA

Bukan setakat menjiwai anak muda tetapi juga memberi gambaran bagaimana menguruskan negara....




# Mengujudkan akta berita palsu bukanlah satu halangan besar kepada PH untuk terus memberi kesedaran kepada rakyat tentang apa yang PH akan lakukan jika membentuk kerajaan.

Dalam masa yang sama bolehkah kerajaan mengawal dirinya sendiri untuk tidak membuat tuduhan dan dakwaan palsu terhadap pembangkang (?).

Selepas akta diluluskan, sudah tentu berita palsu DAP anti Melayu anti Islam tidak kedengaran lagi...

Selepas akta diluluskan apakah kerajaan begitu pasti Tun tidak akan ulangi lagi ucapan dan tuduhan kepada Najib sebagai pencuri, penyangak, penyamun..

Kita berharap kerajaan ada keberanian untuk menjadikan Tun orang pertama didakwa di bawah akta tersebut!!!






: Yang mahu beriklan percuma, sila hantar maklumat dotmaikay@gmail.com


13 comments:

  1. KERAJORA BAPUK bodoo pembela prompakMonday, February 05, 2018 5:23:00 AM

    VIDEO : Pengkaji perakaunan forensik tinggalkan Umno kerana isu 1MDB

    Pengkaji perakaunan forensik tinggalkan Umno kerana isu 1MDB



    Radzi, 41, kini bertugas sebagai pensyarah di University of Tasmania di Hobart, di selatan Australia.
    Ketika ditemui di Ketereh, Kelantan, Radzi berkata beliau juga kini sedang menyiapkan satu tulisan mengenai 1MDB yang merupakan sebahagian daripada kajiannya.
    “Saya juga guna kes 1MDB sebagai sebahagian daripada contoh dalam pengajaran. Contohnya apabila guna fair value accounting,” katanya kepada The Malaysian Insight.Menjelang 2015, timbul pula kes melibatkan Xavier Andre Justo, seorang bekas kakitangan di PetroSaudi International iaitu sebuah firma yang pernah berunding dengan 1MDB.
    Xavier mendedahkan maklumat sulit daripada PetroSaudi kepada pengendali laman Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dan juga kepada pemilik kumpulan media The Edge, Tong Kooi Ong.
    Maklumat sulit itu didakwa berhubung kecurian jutaan dollar dari 1MDB dalam rundingan dengan PetroSaudi.
    Susulan itu, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mula membuka mulut untuk mengulas mengenai 1MDB.

    Wang RM2.6 bilion dalam akaun Najib
    Jelasnya, kerajaan sepatutnya dapat menafikan pemindahan wang itu tidak berlaku kerana segala transaksi berkenaan dapat dikesan dengan mudah.
    “Orang sudah tunjuk duit pergi sini masuk ke sini, sepatutnya kerajaan cakaplah itu tidak berlaku. Bila kita cakap tentang forensik, kita bercakap tentang pergerakan wang dalam sistem perbankan.
    “Wang itu boleh dikesan jika pergi ke mana-manapun. Tidak susah langsung, jadi dia nafikanlah pemindahan itu berlaku di antara akaun. Jadi orang akan fikir, betul atau tidak cerita itu (yang didakwa The Edge).”
    Pada waktu itu juga, akhbar berpengaruh Wall Street Journal menyiarkan laporan mengenai wang RM2.6 bilion yang masuk ke akaun Perdana Menteri Najib Razak.
    Sedia jadi calon
    Radzi berkata, beliau melihat tidak ramai ahli Umno yang berani mengisytiharkan diri keluar parti untuk menyertai parti Bersatu, tetapi ramai yang bertindak berdiam diri.
    “Yang senyap ini ramai. Pengaruh ahli yang senyap inilah yang dipandang rendah sebenarnya. Terutama golongan profesional, akauntan yang faham isu ini, bila kaji betul-betul, mereka akan tengok yang benda ini merapu,” katanya.
    Beliau kini dipilih menjadi ketua Bersatu bahagian Ketereh, kawasan yang diwakili ketuanya sewaktu dalam Umno, Annuar Musa.
    “Sekiranya pucuk pimpinan merasakan saya layak dan mampu untuk mendapatkan kemenangan bagi Pakatan Harapan di Parlimen Ketereh dan tiada sebarang aral, insya-Allah saya akan pikul amanah tersebut.
    “Apapun, perlu ditekankan yang saya serahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan,” katanya lagi kepada The Malaysian Insight.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kipas model baru guna remote control

      Delete
    2. Ni antara jenis2 makhluk yg laparkan dedak. Konon dedah sana dedah sini, last2 nak offer diri jadi calon. Ini kesedaran ke kelaparan?

      Delete
  2. PUNYA KIPAS RUPANYA GILA NK JD YB HAHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. KERAJORA BAPUK bodoo pembela prompakMonday, February 05, 2018 5:05:00 PM

      Ramai melayu bodoo bela dan oertahankan ketua prompak berjemaah dan cina prompak jho lo..

      Delete
  3. Melihat kepada laporan berkenaan, tidak dapat tidak, kita akan bertanya; adakah laporan ini benar? Mungkin. Tetapi, kami mengambil langkah yang lebih lagi untuk meneliti dengan lebih terperinci angka-angka yang dinyatakan itu untuk melihat sejauh mana kesahihannya.
    Terutama sekali kerana dalam tempoh yang dinyatakan itu (2013-2018), ada beberapa kali pengeluar terpaksa mengumumkan kenaikan harga (terutama disebabkan nilai matawang yang tinggi), begitu juga dengan kelengkapan penawaran yang berbeza-beza yang ada – jika perbandingan ingin dibuat, sewajarnya ia dilakukan terhadap penawaran bagi varian atau senarai spesifikasi yang hampir sama, agar lebih objektif.
    Kita mulakan dengan Perodua Alza. Harga yang dirujuk, iaitu RM59,017 itu adalah bagi varian Alza 1.5 SE Manual. Dan, sekiranya dibandingkan dengan harga terakhir yang diumumkan bagi versi semasa Perodua Alza 1.5 Standard Manual (yang setara, bukan SE), penurunan hanya melibatkan 2.1%.

    Bagi Proton Exora pula, harga yang dinyatakan iaitu RM67,212 adalah selepas kenaikan harga yang dimumkan pada tahun 2016, merupakan harga atas jalan dengan insurans yang kemudiannya dibandingkan dengan harga atas jalan terbaru tanpa insurans. 
    Pada tahun 2014, harganya ialah RM63,552.54, kemudian bagi tempoh 2015-2017 harganya menjadi RM64,498. Kini, harganya ialah RM65,702.33, tetapi dengan tambahan lebih banyak ciri dan kelengkapan.
    Harga lama Volkswagen Golf yang dipetik pula terdapat kesilapan. Model Mk7 yang dilancarkan pada awal 2013 ialah RM157,888. Model Mk6 2013 ketika itu harganya sama. Harga baru yang dinyatakan pula adalah bagi varian 1.4 Comfortline, yang senarai kelengkapannya adalah kurang. Varian Highline sebenarnya lebih hampir dan setanding dari segi spesifikasi bagi berbandingan itu, dengan senarai kelengkapan yang lebih banyak dan dijual pada harga RM159,888.
    Honda Jazz Hybrid pula, harga yang dinyatakan itu adalah bagi unit CBU, tanpa insurans, yang kemudiannya dibandingkan dengan Jazz Hybrid terkini, juga tanpa insurans. Jazz Hybrid sebelum ini dari versi CKD yang dilancarkan pada 2012 dijual pada harga RM87,404.50. Jadi, penurunan yang berlaku cuma 2.9% sahaja.

    Sampai pula ke model paling popular, Perodua Myvi. Sekali lagi, harga lama yang dinyatakan itu adalah bagi model Myvi 1.3 SE AT yang dibandingkan dengan varian Myvi 1.3 Standard G MT. Pada tahun 2013, Myvi paling murah dijual pada harga RM40,650.45. Sekarang, Myvi paling murah ialah RM44,300, tetapi dengan tambahan lebih banyak kelengkapan (lampu LED, 4 beg udara – berbanding dua beg udara – kini juga dengan ciri VSA dan ABS).
    Untuk Proton Preve, harga lama yang disebut itu ialah ketika pelancarannya dulu bagi model 1.6 CFE Premium, harga atas jalan termasuk insurans. Ini dibandingkan pula dengan harga Preve 1.6 NA Manual, harga atas jalan tanpa insurans. Ada perbezaan di situ, tentunya.
    Proton Saga pula, harga lama yang digunakan untuk perbandingan itu ialah bagi varian 1.3 Executive MT atas jalan tanpa insurans berbanding varian baru 1.3 Standard MT tanpa insurans. Pada 2013, Saga paling murah ialah Saga 1.3 SV MT pada harga RM32,836.50. Kini, Saga 1,3 Standard MT dijual pada harga RM35,590.29, tetapi dengan ciri ABS.

    ReplyDelete
  4. Najib: Kenapa baharu sekarang Mahathir mengadu?

     Tindakan pembangkang yang menimbulkan isu secara bermusim terutamanya menjelang pilihan raya umum (PRU), dibidas oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.

    Pada masa sama, beliau mengesa rakyat di negara ini tidak termakan dengan hasutan pembangkang kerana kerajaan sentiasa melakukan pelbagai pembaharuan dan transformasi untuk kebaikan semua.

    Najib turut merujuk tindakan pembangkang memainkan isu berkaitan kewujudan kilang memproses nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd di Gebeng yang kononnya tidak selamat kepada penduduk.

    “Sedangkan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) sudah sahkan ia selamat dan selepas habis pilihan raya, iaitu lima tahun, isu itu senyap dan lesu sama sekali kerana ia hanya digunakan untuk tipu kita.

    “Begitu juga dengan isu berkaitan bekalan elektrik terputus di Bentong, sedangkan proses pengundian tamat selepas jam 5 petang dan undian boleh dilakukan kerana keadaan pada masa itu masih cerah,” katanya.

    Najib berkata demikian semasa berucap pada Program Ramah Mesra dan Jamuan Rakyat Bersama Perdana Menteri di Estet Ikan Paya Kampung Chempaka, Lanchang di Temerloh, Ahad.

    Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

    Perdana menteri seterusnya berharap masyarakat akan terus menyokong dan memberikan mandat yang besar kepada kerajaan sedia ada bagi membolehkan lebih banyak program membantu rakyat dilaksanakan.

    “Kita perlukan kerajaan yang kuat. Bila kerajaan kita kuat, baru kita boleh meneruskan usaha membantu rakyat. Kita boleh beri kata dua kepada sesiapa yang tidak menghormati kita,” katanya.

    Sementara itu, Najib turut menyelar tindakan pembangkang, terutamanya Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertemu dengan beberapa wakil Kesatuan Eropah (EU) di ibu negara minggu lalu untuk membuat aduan berhubung sistem pilihan raya negara yang diamalkan selama ini.

    “Itulah sistem yang mengangkat Dr Mahathir menjadi perdana menteri selama 22 tahun. Baharu sekarang dia nak mengadu, kata sistem tidak adil.

    “Kalau tidak adil, sepatutnya dari dulu lagi sudah membuat aduan,” katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KERAJORA BAPUK bodoo pembela prompakMonday, February 05, 2018 7:10:00 AM

      Supaya najib boleh rompak yg lebih besar...

      Delete
  5. Replies
    1. Setuju..

      Tulis panjang² pun takkan boleh padam rekod penyamun.

      Delete
  6. Tuduh menuduh antara penyamun semakin hebat. Penyamun A dituduh menyamun lebih oleh penyamun B. Penyamun B tak puas hati kerana penyamun A telah songlap lebih berbanding dirinya walaupun telah lama menjadi ketua penyamun. Kini gerakerja untuk merampas kembali jawatan KETUA PENYAMUN makin diperhebatkan dgn bantuan macai2 yang tak ketahuan ilmu dan pegangan, asal ada dedak untuk disuap.

    Cerita kosong yang tidak berkaitan dgn mana2 individu. Lu pikir la sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KERAJORA BAPUK bodoo pembela prompakMonday, February 05, 2018 5:02:00 PM

      Penyamun yg telah dibuktikan dari siasatan sahaja penyamun yg sah...yg di cop sebagai penyamun tapi tiada bukti dan tidak disiasat bukan penyamun...hanye andaian dan ianye berita palsu...

      Selepas akta berita palsu di wartakan ade penyokong umno kena dakwa kerana

      1.. Menuduh tun madey penyamun tanpa bukti

      2.. Menuduh DAP anti melayu..

      Akta yg akan makan diri sendiri..umno ni bodooo...

      Delete
    2. Penyamun dengan penyamun bersengketa, penjubor pulak hnya tersengeh melihat kebodohan penyamun2.

      Delete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...