Friday, December 29, 2017

PARTI DI KALANGAN PH - JANGAN ADA YANG TERLEBIH SUDU DARI KUAH..



http://msomelayu.blogspot.com/?m=1



Dalam missi menawan Puterajaya sekaligus menumpaskan umno, tidak wajar ujud parti parti di dalam PH berlagak diva, mengada ngada dan minta diutamakan.

Keazaman rakyat untuk singkirkan Najib dab BN adalah  di atas sebab kemungkaran mereka jika dibenar memerintah semula dan bukan atas kepentingan, ketaksuban kepada mana² pemimpin parti di dalam PH.



Sokongan kepada Tun pun bukan atas mendewa tetapi kerana sikapnya yang memperjuangkan kebenaran hingga SANGGUP HILANG SEGALA KEISTIMEWAAN MALAH DIBURUK DIFITNAH DAN DIHINA dalam pelbagai cara. 

Berdasarkan sikap Tun adalah tidak wajar sesiapa sahaja atau seseorang yang berada di dalam penjara misalnya meletakan syarat itu ini????
Patut ada rasa malu !!!

Malah rakyat bertekad membantu PH membentuk kerajaan baru walaupun jika ditakdirkan Tun sudah tiada. Mencukupilah dan memadailah dengan pemimpin yang sedia ada walaupun tidak begitu ternama. 

Nilaian rakyat pada pemimpin bukan pada "nama besar" tetapi lebih ke atas sikap perjuangan mereka yang mesti mempunyai akhlak dan amanah.

Jika masih terpenjara tetapi sudah demand dan mengada-ngada bagaimana agaknya perangai bila berkuasa???

Berhentilah daripada bersikap terlebih mementingkan diri dengan keutamaan dan syarat tertentu, jumlah kerusi dan sebagainya!!!!







Sangat pelik: Yang salah dipertahankan..



28 comments:

  1. Sokong KD!!!! Terkejut jugalah, dalam penjara buat kenyataan, sesiapa pun boleh jadi pemimpin, tugas yg diberi wajib bersih, cekap dan amanah!

    Macai seronok baca komen admin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pon sokong KD. Tun memang terbukti memperjuangkan kepentingan negara. Jangan lah kita menyokong pemimpin yang ada skandal menjadi perdana menteri. Nanti kita disuroh belakang pusing. Melayan Nafsu yang pelik.

      Delete
  2. Setuju amat setuju dgn arguement bro KD. WAhai semua pemimpin Pari komponen PH, kau orang perlu Ingat NAWAITU atau MISI atau MISSION pembangkang adalah untuk menumbangkan KERAjaan Keleptokrasi sekarang. Pas tu RECONFIGURE semua program yang dah Dicemari VIRUS iaitu Kementerianx, ekonomi dan sosial rakyat. Jadi TOLONG jangan banyak songhe. Kau orang tidak akan ada kalau Rakyat tak menyokong. Kau ujud kerana rakyat. Tun juga hanya nak Lead the way. Ayuh, kita sama berjuang. Semoga Allah bersama orang yang benar. Amin. AGI IDUP GI NGELBAN

    ReplyDelete
  3. Setuju sangat KD.
    Terlebih sangat sudu dia dari kuah.
    Perasan lebih sangat.
    Jgn heret PH ke 'LANGKAH KEJANG'nya lagi.

    ReplyDelete
  4. Sangat setuju. Memang tiada tokoh ganti, semangat juang, cintakan negara, bangsa, agama ditunjukkan secara praktikal. Bukan cakap guna air liur sahaja. Ramai yg ambil kesempatan, tetapi perjuangan melindungi negara dari pemimpin sah lanun klepetokrasi perlu diutamakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu semua teeepoooooo.... percaya sangatler berjuang untuk negara.... tak perasan ker sekor pun kroni dia dah tak dapat tanah dan projek kebelakangan ni.... psst...pssttt.... nak bgtau ni.... projek perumahan ko do dan kediaman di balakong dimonopoli kontraktor dan developer dari penang....katanya syarat utama kena bina rumah selangor ku..... tp cer tengok jengah2... adaker rumah selangorku kat sana?.... sori lari tajuk....

      Delete
  5. KIKIIKI.. BARU SETUJU SAPA PM TADI
    TETIBA PEGI PAGI NI BERBONYI LAGI
    KIKIKI.. NNPK SSGT SUMA X IKHLAS ATI
    TAKKAN NK KENA MAIN KUTY BERATUS KALI..


    KIKIKIKIKI... BERAMBOSSSS JE LEER..

    ReplyDelete
  6. Puak2 PKR nilah yang nampak terserlah sangat keegoiannya.Ada ke patut orang yang masih didalam penjara dan sudah diketahui dengan nyata akan segala keburukannya masih ingin disanjung dan dijulang untuk diangkat menjadi pemimpin!!??....apakah sudah tidak ada pemimpin lain yang lebih baik dan berkeliber didalam PKR itu sendiri??....bangang sungguh puak2 ni....

    Tak malukah kita sebagai rakyat Malaysia berperdana menterikan seorang peliwat??...kerana pada saya Anuar tetap seorang peliwat walau pun apa alasannya.Kalau tidak masakan dia dipenjarakan sebanyak dua kali dalam kes yang sama??....dan kedua2 kalinya adalah kes yang amat jelad dan nyata.

    Tun berbaik2 dengan Anuar dan PKR adalah semata2 untuk menjatuhkan Najib!!...tidak sekali2 Tun menyatakan yang Anuar tidak meliwat!!.....liwat tetap liwat weh!!... dan buktinya Anuar kedalam la ni....jadi saya setuju sangat2 dengan saranan tuan KD supaya puak2 PKR ni berserta bekas ketua umumnya muhasabah dan sedarlah diri tu sikit!!.... janganlah membuat kacau jika betul2 ingin menjatuhkan Najib dan BN.Apa yang pasti dalam PKR ni ramai yang perasan terlebih cerdek....padahal sebenarnya bodoh piang....suka berpuak2 dari dulu sampai sekarang.

    Pujian patut diberi kepada komponan parti2 lain dalam PAKATAN HARAPAN....Amanah,ppbm dan DAP .Ketiga2 parti ini amat consisten dan kelihatan jujur dalam perjuangan bersama.Sama ada Mohd.Sabu,Lim Guan Eng dan Mahyiddin ,mereka ini amat jujur dalam perjuangan.Tidak seperti PKR yang bercelaru tak tentu hala.

    ReplyDelete
  7. DS Azmin bagus Dia nampak steady daripada yang lain

    ReplyDelete
  8. Saya sebagai rakyat Malaysia, ingin membuat sedikit teguran demi negara tercinta.

    Tindakan PKR mendahulukan agenda parti dari rakyat dan negara merupakan satu matlamat yang akan menjahanamkan perubahan yang kita impikan.

    Dalam keadaan yang mendesak dan tertekan sekarang ini, apa salahnya PKR meletak agenda partinya kemudian dan mengambil isu rakyat serta negara sebagai agenda utama???

    Malaysia adalah untuk rakyat dan negara, bukan untuk satu-satu parti atau satu-satu individu.

    Ketamakan PKR hanya akan membawa malang kepada seluruh Pakatan Harapan itu sendiri.
    Semua akan jatuh bersama-sama.
    Semua akan kecundang.
    Kalau itu yang ditunggu oleh PKR, sila teruskan agenda parti anda tanpa menoleh kepada rakyat dan negara.

    Perlu diambil tahu bahawasanya fokus rakyat beralih kepada Pakatan adalah kerana campurtangan Tun Mahathir yang secara berterusan tanpa henti memberi 100% tumpuan kepada Kempen Jelajah Semarak ke semua ceruk daerah, demi mencelikkan mata rakyat keseluruhan kepada pentingnya perubahan di PRU akan datang.

    Dulu, Pakatan belum pernah mendapat sambutan yang begini besar di daerah-daerah pedalaman dan kampung-kampung terutama di kawasan masyarakat Melayu tegar.

    Jadi tolonglah PKR frenung-renungkan.
    Ambil pengajaran dari kekalahan anda dalam PRU yang lepas-lepas atau anda bersedia untuk menghadapi situasi yang sama sekali lagi??
    Semuanya kalah berputih mata dan terlepas dari memegang tampuk Kerajaan Persekutuan.

    Jika PKR masih mengguna pendekatan yang sama iaitu mendahulukan agenda parti, hasil yang sama jugalah yang akan diterima.

    Dengan demikian, tak perlulah kita bersungguh-sungguh untuk menawan Putrajaya kerana kita boleh baca apa kesudahannya nanti.

    Yang tamak selalu RUGI.

    Sekian dari saya yang sudah jemu dan jelak menunggu perubahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cukup hampa.........dari satu PRU ke satu PRU kita masih duduk di takuk yg sama saja..........hanya sebab pentingkan diri dan tak bersatu hati.

      Do not put too much hope on them.

      Delete
  9. Ya sokong bro Shafiek....DS Azmin kelihatan steady kalau nak dibandingkan dengan yang lain.

    ReplyDelete
  10. Sokong anon 8.47.00.PM 100%...Selagi puak2 PKR ni tak ubahkan sikap mereka yang begitu ego tu jangan haraplah PAKATAN HARAPAN nak menang....entah2 satu kerusi pu sukar!!....dan saya juga pasti Negeri Selangor tu pun akan kembali kepada BN.

    ReplyDelete
  11. PKR kena la sedar bahawa tanggungjawab sebagai salah anggota PH datang bersama kesedaran menjaga kesatuan seperti keluarga. Sedangkan kompromi memberi jawatan Ketua Umum dan Presiden PH kepada DSA dan DSWA pon sudah menampakkan seolah2 PKR mahu mendominasi struktur pakatan yg belum lagi matang. PKR harus sedar bahawa Selangor berjaya diperintah semata2 kerana kerusi DAP. Dalam PH, DAP lah yg telah banyak berkorban dan pragmatik dlm perjuangan menjatuhkan Najib. Parti Amanah harus dipuji kerana bersikap terbuka dalam melayan kerenah2 anggota parti komponen terutama sekali PKR dalam isu kerjasama dgn PAS. Tun M adalah yg sebenarnya mengikat struktur ini menjadi teguh semata2 kebijaksanaan beliau membaca dan mengawal kemahuan PKR supaya tidak menjadi perosak dalam misi menyelamatkan Malaysia.

    Pada aku, PKR masih berkecamuk dgn misi bersama PH dan misi peribadi keluarga DSA walhal peluang memperbetulkan situasi kedua2 sekali boleh dicapai. Sikap diva, cuba mendominasi malah mempergunakan kekuatan anggota2 PH demi misi peribadi akan menghancurkan semua. Aku respect Tun M nie satu jer, fokus beliau mmg intact despite kerenah2 semacam ini. Kalau aku la, dah lama aku tinggalkan PH dan gasak korang la kalau dah kemaruk sangat nak jadi PM. Aku tak boleh bayang DSA jadi PM, DSWA jadi TPM dan Nurul Izzah jadi Menteri.

    Tidakkah ini akan menggambarkan gila kuasa di mata rakyat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun dah rasa meluat dgn PKR ni. Kalau UMNO digelar UMNO NAJIB, PKR pula bolehlah digelar sbg PKR ANWAR & FAMILY.

      Delete
  12. pakatan haru biru.belom apa2 lg, masing2 dh berlagak diva hehe mcm ni ke nk jd gomen. bwrtabahlah cai2 bunga. sekadar dipinggiran je lah cai2 semua huhu

    ReplyDelete
  13. Aku nengok TSMY relaks jer...bekas TPM jugak...skit lagi mau jadi PM kalau tak kerana TDM mahukan Najib dah lama TSMY jadi PM. Dia nie kurang2 dgr jugak cakap otai2 lama yg bertaraf negarawan ni. Kdg2 dah boring la gelagat2 pemimpin2 PKR sefamily yg perasan bagus ni...tak abis2 dgn agenda reform konon tapi diri sendiri takle nampak mcm reform. Nampak2 mcm Rafizi ada la jugak sumbangan dia, si Azmin pun nampak ok jadi MB, lain2 tu mcm MP Wong Chen Kelana Jaya pon nampak bijak dlm hal ehwal kewangan. Masing2 memain peranan menjayakan agenda reform. Nurul lately nie mcm nak memperkudakan PH utk ayah dia...Kak Wan pulak cuma "wakil" Anuar dlm politik. Satu family punya pasal PH jadi tunggang langgang.

    Aku dh mcm 50-50 nak undi PH kalau lagu nie...pada masa yg sama aku nak sangat BN dikuburkan. Nak undi pak lebai kang lagi haru biru jadi negara taliban nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar bro jangan ikutkan perasaan sangat,,Cuba bawa bertenang,, fikir secara rasional jangan ikutkan hati yang panas,,Kita mesti jatuhkan BN jika tidak bertambah parah ekonomi Negara dan Rakyat akan tambah menderita jika BN kleptokrasi terus memerintah,,sabar bro undi anda perlu untuk Pakatan Harapan

      Delete
    2. MENDERITA KA???? HAHAHA AYAT TU DH LAMA AKU DENGAR

      SHOPING COMPLEX PENUH JA
      PASAR MALAM PENUH JA
      FUNFAIR LG LA RIUH
      PUSAT PERANGINAN SESAK JA
      TUNGGU RAYA TENGOK MENDERITA KA X

      HAHAHAHA MENDERITA KONON

      Delete
  14. DARI AWAL LAGI DAH TAU PKR PARTI ANAK BERANAK
    DARI AWAL LAGI DAH TAU DAP PARTI ANAK BERANAK
    DARI AWAL LAGI DAH TAU PBM PARTI ANAK BERANAK

    PAKAT2 NAK JADI PM

    BUKAN BERJUANG TAPI DENDAM DAN GILA KUASA,,,,,,,BERKELAHI LA HAMPA HAHAHAHAHAHA

    ReplyDelete
  15. Sangat le simpati kepada pecacai yang cuba masuk jarum dalam soal teknikal di PH.

    Semakin lama najib menangguh pengistiharan tarikh pru, semakin bagus untuk PH kerana mempunyai masa yang cukup untuk mengadakan bebera mesyuarat penyelarasan.

    Pengumumam Mukhriz menutup pintu rundingan dengan PAS merupakan satu berita baik.

    ReplyDelete
  16. NAK NYEDAPKAN HATI LA TU....HARU BIRU LA WEI NGAKU JE LA

    PELARASAN MENDE KALAU SEMUA NAK JD PM...KENAPALA BANGANG SANGAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selain memperbanyakan bilik penjara, elok PH memperbanyakan katil sakit mental selepas PH tawan puterajaya.

      Delete
  17. Azmin Ali yg paling merbahaya... jaga jaga dengar dia.... org ini tak boleh di percayai.. seluruh keluarga kucah kacil bermasaalah... PKR ni parti bermasaalah... di tubuh kan atas dasar masaalah.... Tun M tahu siapa Anwar dan Anwar tahu apa yg TunM tahu....

    ReplyDelete
  18. Aku berharap dan berdoa selepas Tun menjadi PM sementara.. Tun serahkan jawatan PM kepada TS.Mahyiddin Yasin.Tak perlulah dok lantik Anuar tu...lagi pun apa barang ngundi2 tak,jadi calun pun tak...tup tup nak diangkat
    jadi PM!!??.....bukan semudah itu weh!!... sedangkan TS Mahyiddin juga bekas TPM dan tak ada rekod yang terok seperti Anuar....bukankah orang yang seperti ini yang sepatutnya kita angkat??....sudah2lah jadi bangang puak2 PKR woih....carilah puak2 kamu yang lebih layak untuk diangkat menjadi pemimpin dari mensia2kan masa dok tunggu banduan yang sudak tidak ada harga.

    ReplyDelete
  19. LAMBAT OR CEPAT PRU NOT THE PROBLEMO
    JENTERA SUMA DAH SIAP SEDIA UTK UMNO
    JOMLAH AHLI TUNGGU 2 MINGGU LAGI OOOO....
    JOMLAH AHLI PUN TATAU MALU MUKO AJO...


    KIKIKIKIKIKI....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jentera semua dah sedia senang nye kau orang cakap...

      Kalau kalah???

      Aku juga ke dalammmm, kau orang mana tau..

      Delete
    2. Aku xmau Anwar yg dikatakan sbg peliwat dilantik sbg Piem..... huhuhu

      Delete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...