Tuesday, October 25, 2016

KITA BELUM DARURAT UNTUK ALASAN HALAL MAKAN BABI/RASUAH

Copy paste di bawah tak bace pun tak apa.  Tak ada isi sekadar putar belit fakta. 

Bolehkah yang haram dihalalkan sekadar menukar istulah dan bahasa. 

Apakah perhimpunan BERSIH salah di sisi undang-undang.  Kalau dah dapat permit polis,  apalagi dok maracau macam baju merah mabuk todi. 

Tun bukan lagi ahli umno,  sudah tiada kaitan,  putus hubungan.. Hari ini jadi pesaing untuk ambil alih peranan umno. 
Yang masih sokong umno adalah akar umbi yang menerima rasuah sebagai sudah jadi budaya dan amalan umno kini. 
Yang memimpin adalah Barisan Dedak.

Apakah Najib mula jadi PM dan Presiden secara demokrasi atau rampas kuasa (?)





#SuaraMerdeka:

*SURAT TERBUKA KEPADA DR. MAHATHIR*
Oleh:  Azman Hussin

KEHADAPAN Tun Dr Mahathir,

Pada tahun 2001, dalam menghadapi gelombang Reformasi, tuan pernah berkata, “Apakah untuk mendaulatkan pemerintahan mengikut undang-undang, maka mereka perlu bertindak menyalahi undang-undang dengan merusuh di jalan-jalan raya, menyekat perjalanan kereta, memaksa kedai-kedai ditutup dan mengganggu  keamanan rakyat?”

Itu petikan ucapan tuan di Perhimpunan Agung UMNO pada 21 Julai 2001, di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, yang telah dibukukan dengan tajuk Melayu Mudah Lupa (Pelanduk Publications, 2001).

Hari ini tuan pula yang bersekongkol dengan golongan yang tuan kecam untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada, hanya kerana tidak bersetuju dengan cara Datuk Seri Najib mengurus negeri, YAB Perdana Menteri kononnya menyeleweng wang negara. Hari ini tuan menggalakkan perkara yang sama, iaitu melakukan tunjuk perasaan dan demonstrasi untuk menyuarakan bantahan.

Tidakkan perkara ini pelik, tuan?

Tuan boleh menyatakan situasi dahulu tidak sama dengan apa yang berlaku hari ini. Perdana Menteri melampaui batas dengan menggelapkan wang negara berbilion-bilion. Ia tidak sama dengan apa yang tuan hadapi dahulu. Itu mungkin hujah-hujah naive tuan.

Tetapi, baca pula ucapan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam pesanannya buat rakyat Malaysia ketika itu. Kata beliau, “Apa upaya pemimpin untuk membanteras rasuah sekiranya beliau sendiri meluluskan RM1.8 bilion untuk syarikat anaknya sendiri. Bagaimana beliau boleh menghapuskan rasuah apabila beliau menolak ke tepi bukti perlakuan rasuah seorang menteri kanan, padahal bukti tersebut disokong dengan dokumen di mana menteri tersebut menerima hadiah, wang dan saham?”

Tuan boleh menjawab itu hanya tuduhan tidak berasas DS Anwar Ibrahim, tetapi apa yang didakwa ke atas DS Najib juga adalah satu tuduhan dan andaiam sahaja, tuan.

Jika tuduhan-tuduhan seperti ini dijadikan hujah, maka individu pertama yang patut digulingkan secara tidak demokratik adalah tuan sendiri pada suatu ketika dahulu.

Malahan dakwaan-dakwaan ke atas tuan lebih dahsyat dan lebih banyak lagi berbanding Perdana Menteri hari ini, yang tidak mahu saya ulangi lagi tuduhan-tuduhan itu di sini.

Merenung tindakan-tindakan tuan sehingga ke hari ini, ia boleh membawa anggapan kepada orang awam, bahawa tuan adalah Machiavelli yang sanggup menunggang apa saja untuk sampai ke matlamat tuan, untuk mencapai kepentingan-kepentingan kroni tertentu dan kehendak peribadi tuan.

Kenapa saya berkata begitu? Sebab tindakan-tindakan tuan hari ini sudah terlalu jauh dengan apa yang pernah tuan pegang dan propagated dahulu. Apakah agenda sebenar yang tuan telah deklarasikan sebagai menyelamatkan Malaysia?

Apakah yang tuan mahu selamatkan, sedangkan tindakan-tindakan tuan hari ini bakal merosakkan lagi negara tercinta ini? Apakah tidak menjahanamkan negara dengan menyerang Perdana Menteri sepanjang masa sehingga melibatkan campur-tangan kuasa-kuasa asing terutama media? Realiti ini pernah tuan sebutkan dahulu, dan ia boleh disemak dalam ucapan-ucapan tuan ketika menangkis serangan Anwar Ibrahim.

Contohnya, Tuan pernah berkata, di perhimpunan yang sama, “pemerintahan menjadi lemah dan tidak dapat bertindak dengan tegas. Tekanan ke atas pemerintah boleh dibuat oleh sesiapa sahaja, termasuk orang asing. Dengan itu, bukan sahaja pemulihan ekonomi tidak dapat dijayakan, tetapi kebebasan yang begitu dibanggakan dahulu pun hampir tiada lagi. Inilah hasilnya daripada reformasi dan demonstrasi jalanan. Apakah kita hendak melihat semua ini dibawa ke negara kita oleh puak reformasi ini?”

Saya bersetuju dengan tuan. Apabila pemerintah lemah akibat pemberontakan rakyatnya sendiri, negara akan mudah diperkotak-katikkan. Pelbagai puak, sama ada daripada dalam atau luar, yang berniat jahat akan mengambil kesempatan di atas ketidakstabilan politik negara. Akan ada puak yang akan menangguk di air keruh.

Perkara ini sebenarnya sedang berlaku. Tuan pun tahu dan sedar bukan? Tidak logik jika tuan tidak menyedari bahawa DAP hanya mahu memanipulasi tindakan tuan untuk menjatuhkan kerajaan Melayu Islam, sedangkan pada masa dahulu, tuan jugalah yang memberi amaran akan ancaman DAP ini kepada orang-orang Melayu yang tuan kata lapar dedak? Tuan lebih tahu perkara ini berbanding orang lain. Saya hanya mengingatkan agar jangan mudah lupa!!

Tuan, pelbagai pihak sedang bersatu dalam pakatan politik yang disertai oleh tuan, sama ada sekularis, liberalis, pluralis, LGBT, sosialis-komunis dan sebagainya. Mereka ini sedang memanipulasi tuan, menjadikan tuan sebagai kayu hulu kapak untuk menebang pokok kayu jati Melayu..

Tuan sendiri tentu sedar yang tuan sedang diperkuda dan dikeldaikan, tetapi tuan menerimanya asalkan kehendak tuan untuk menjatuhkan Perdana Menteri tercapai.

Tindakan-tindakan tuan ini seolah-olah tuan adalah desperado, sehingga saya terpaksa membenarkan tuduhan-tuduhan yang diperkatakan oleh ramai orang bahawa tuan ini sebenarnya mahu menyelamatkan legasi politik dan empayar perniagaan kroni-kroni tuan yang terancam dengan pentadbiran baru. Kononnya empayar perniagaan kroni-kroni tuan terjejas teruk, dan mereka adalah dalang sebenar di sebalik tindakan tuan di hari ini.

Tuan boleh mendakwa tuan bertindak untuk menyelamatkan negara, tetapi tuan juga tidak dapat menutup hakikat sebenar bahawa tindakan tuan itu telah menghancurkan lagi negara ini.

Apakah kesalahan besar yang dilakukan Perdana Menteri sehingga tindakan tuan begitu keras dan melampau?

Mari kita renungkan keadaan ini pula.

Suatu masa dahulu spekulator matawang, George Soros menuduh pentadbiran Malaysia di bawah tuan terdapat pelbagai penyelewengan, rasuah dan kronisme yang melibatkan angka berbilion-bilion, yang menyebabkan ekonomi dan matawang negara tidak sihat dan mudah diserang. Itu jugalah kecaman Anwar Ibrahim ke atas tuan.

Ia ada logiknya. Tetapi rakyat Malaysia ketika itu, tetap mempertahan tuan untuk menyelamatkan negara. Bayangkan jika rakyat dan UMNO berpaling tadah kerana terpengaruh dengan dakwaan tersebut, sudah tentu negara ini akan terpaksa tunduk kepada IMF seperti ancaman tuan.

Saya fikir, begitu jugalah sepatutnya tuan bertindak hari ini, jika benar Perdana Menteri menyeleweng sekalipun. Ini terpaksa dilakukan bukan kerana mahu menyelamatkan Perdana Menteri, tetapi untuk menyelamatkan negara sebagaimana rakyat suatu masa dahulu mahu menyelamatkan negara ini daripada campurtangan asing. Mereka bukan mahu menyelamatkan tuan, tetapi mereka terpaksa menyelamatkan tuan untuk menyelamatkan negara tercinta, walaupun mungkin tujuan tuan menyelamatkan negara adalah untuk menyelamatkan kroni-kroni tuan yang tergugat selepas matawang negara diserang hebat dan negara hampir muflis.

Ironinya, apa yang tuan lakukan hari ini adalah sebaliknya.

Apabila saya membelek-belek semua ucapan Anwar yang dibukukan di bawah tajuk Pesan Buat Rakyat Malaysia (tanpa penerbit) dan membandingkan apa yang tuan lakukan hari ini, saya percaya tuduhan-tuduhan Anwar Ibrahim bahawa tuan menyeleweng wang negara dan mengamalkan kapitalis-kronisme, adalah munasabah.

Ya, adalah tidak logik tindakan tuan begitu gila sehingga sanggup bersekongkol dengan musuh politik tuan sendiri dan mengundang campurtangan media-media asing, jika benar sekalipun Perdana Menteri bersalah dalam isu-isu yang tuan bangkitkan tolonglah berikan bukti.

Saya tidak fikir, jika benar sekalipun tuduhan-tuduhan tuan ke atas Perdana Menteri, negara akan bankrap kerana tuduhan-tuduhan ke atas tuan dahulu adalah lebih berat dan tragis dan hakikatnya negara tidak pula bankrap di bawah pentadbiran tuan.

Jika benar sekalipun Perdana Menteri bersalah, saya tidak percaya tuan sanggup meletakkan Perdana Menteri lebih bahaya daripada DAP kepada orang-orang Melayu berdasarkan prinsip tuan selama ini. Kuasa terlepas kepada cengkaman orang-orang bukan islam adalah lebih bahaya daripada ancaman yang tuan sebutkan di hari ini. Najib mesti digulingkan?

Apakah yang sebenarnya tuan sembunyikan di sebalik tindakan tuan ini? Itu persoalan sebenarnya, kerana adalah tidak logik tuan menyerang Perdana Menteri sebegitu nekad dengan menubuhkan parti baru, mengundang campurtangan asing dan meletakkan rakyat dalam keadaan berpecah-belah sehingga mudah diperbodoh dan diperkotak-katikkan?

Orang yang waras tidak akan mempercayai dakwaan tuan untuk menyelamatkan negara kerana adalah jelas natijah tindakan tuan itu adalah sebaliknya.

Saya cuba mencantum semua teka-teki ini, mencari klu atau pertunjuk kepada permasalahan ini. Mari kita lihat kemungkinan-kemungkinan ini.

Apakah benar negara ini sedang dicengkam kapitalis-kapitalis yang menjadi kaya-raya ketika tuan menjadi Perdana Menteri dahulu seperti yang berlegar dalam minda ramai orang? Maksud saya, adakah kerana kapitalis-kapitalis ini gagal menguasai ekonomi dan politik negara seperti dahulu, maka mereka mengeksplotasi tuan untuk menentang kerajaan hari ini?

Ramai orang berkata yang tuan menggunakan dasar-dasar pengswastaan untuk 'merompak' kekayaan negara dengan membahagikan projek-projek besar kepada kroni-kroni tuan itu. Apabila Perdana Menteri seterusnya cuba menamatkan kemungkaran ini, dengan menubuhkan 1MDB misalnya, kapitalis-kapitalis ini bertindak menyerang kerajaan dengan menggunakan orang-orang berpengaruh seperti tuan. Adakah benar begitu?

Maksudnya, tuan membangkitkan pelbagai isu ke atas Perdana Menteri untuk menarik sokongan rakyat kepada penentangan tuan, tetapi matlamat tuan adalah lain, iaitu menyelamatkan empayer perniagaan milek keluarga dan kroni-kroni tuan, yang mungkin juga tuan mempunyai kepentingan di dalamnya.

Saya mulai nampak dan faham kenapa kedudukan tuan begitu kuat dahulu walaupun terjadinya perpecahan selepas Anwar dipecat. Ya, apa yang patut dirisaukan jika tuan dapat memegang undi orang-orang Cina melalui kapitalis-kapitalis tadi yang menggunakan persatuan-persatuan bangsa mereka untuk mengalahkan UMNO?

Ya, tuan memberikan mereka kekayaan, dan mereka pula memberikan tuan sokongan politik dan harta bertimbun. Benarkah begitu?

Masih saya ingat sebelum PRU12, sahabat baik tuan, Tun Daim Zainuddin pernah meramalkan Penang, Perak dan Selangor akan tumbang kepada pembangkang. Ia benar-benar berlaku. Adakah kerana Tun Daim tahu yang kapitalis-kapitalis Cina ini sudah mengarahkan orang-orang Cina yang ramai di negeri-negeri tersebut menyokong pembangkang?

Atas alasan yang sama, kerana pengaruh tuan dan kapitalis-kapitalis itulah antara faktor orang-orang Cina beralih kepada pembangkang hari ini. Jangan lupa ucapan tuan yang tidak mahu BN menang dengan majoriti 2/3. Apa tuan sudah jadi nyanyok, pelupa?

Merumuskan semua ini, tuan telah menjatuhkan Perdana Menteri selepas tuan dan kini tuan mahu melakukan perkara yang sama ke atas Perdana Menteri seterusnya, adalah tidak salah jika saya beranggapan tuan sebenarnya melakukan itu semua ini kerana tuan tidak dapat memaksa Perdana-Perdana Menteri selepas tuan mengikut telunjuk dan kehendak tuan?

Dan apa kehendak tuan itu adalah apa yang dimahukan oleh kapitalis-kapitalis tadi.

Kekecewaan tuan tidak dapat menaikkan kerjaya politik anak tuan, Mukhriz, juga dikatakan antara faktor tuan bertindak giler2 seperti hari ini. Ia ada asasnya. Apabila seseorang itu tidak mempercayai sesiapa lagi untuk menjaga kepentingannya, tentulah orang itu akan mengharapkan anaknya sendiri untuk melakukannya.

Bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru, tuan.

Tuan boleh bercakap apa sahaja, tetapi saya sebagai rakyat biasa di negara ini, tidak bodoh dan saya tidak akan menelannya bulat-bulat.

Tuan boleh katakan 1MDB adalah suatu masalah besar kepada negara, tetapi apa yang saya nampak 1MDBlah yang menimbulkan masalah kepada kroni-kroni tuan sehingga tuan mahu menggagalkannya. Negara tidak akan bankrap kerana 1MDB dan Perdana Menteri, tetapi serangan-serangan tuanlah yang boleh menjahanamkan negara tercinta ini.

Tuan boleh menentang apa saja, tetapi tuan tidak boleh menentang pegangan tuan sendiri selama ini, yang kini tuan sedang lakukan. Hakikatnya tuan sedang ditentang atau menentang prinsip-prinsip perjuangan tuan sendiri suatu masa dahulu.

Apa yang saya nampak, krisis yang berlaku hari ini adalah perang kapitalis melawan kerajaan yang tidak mahu tunduk kepada kemahuan mereka dengan menyelindungkan agenda ini di sebalik agenda menyelamatkan negara dan rakyat. Rakyat telah dikelirukan untuk memperjuang agenda kapitalis dengan meruntuhkan negara mereka sendiri supaya mudah tercampak ke dalam gaung penguasaan kapitalis yang tamak dan haloba.

Maka adalah sepatutnya saya sebagai warganegara biasa negara ini bertindak menentang tuan untuk mengelakkan agenda-agenda kapitalis di belakang tuan itu berjaya memonopoli ekonomi dan politik Malaysia.

Akhir kalam, saya ingin memetik kata-kata tuan sendiri, “Orang asing dan media mereka tidak ada niat baik terhadap kita. Mereka bukan ingin tukar kerajaan ini dengan kerajaan yang lebih adil dan demokratik. Yang mereka ingin lihat ialah negara kita ini mengalami nasib buruk seperti yang berlaku kepada negara-negara tertentu, di mana kerajaan tidak mampu menstabilkan negara, menjamin keselamatan dan memulihkan ekonomi. Mereka hanya ingin melihat kerosakan dan masalah yang menimpa negara lain menimpa negara kita juga. Mereka ingin kita menjadi
 ‘client state’, boneka kepada mereka.” buat selama-lamanya? Adakah tuan sudah lupa juga?

#SuaraMerdeka

3 comments:

  1. Masa dah berlalu dan banyak yang telah berlaku dan dilakukan. Fikirkan keadaan semasa; buat apa ungkit perkara2 yang lepas? Adakah semasa memimpin negara selama 22 tahun Tun M memasukkan RM2.6B ke dalam akaunnya? Tidak kan? Ungkit lah lagi - mengapa Tun tak ambit duit macam Najib buat la ni?

    Tun M bukan bodoh orangnya nak benarkan dirinya diperkudakan. Yang diperkudakan adalah penulis surat "terbuka" ini. Suara Merdeka? Merdeka apa? Merdeka dari kemungkaran? Merdeka dari kleptokrasi? Merdeka dari pemimpin durjana yang menipu rakyat berkali2 dengan jawapan yang berubah-ubah?

    Siapa yang nak jadikan Malaysia "client state, boneka kepada mereka"? TPPA tu apa?

    Bila kita anggap diri kita terlalu pandai dan asyik nak menunukkan "kesa;ahan" pemimpin ulung, ada kalanya kita lupa yang kita juga boleh jadah bodoh. Merdekakanlah diri sendiri sebelu m cuba menegak benang yang basah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul seperti kata tuan jangan ungkit pekara yang lepas.
      Ketahuilah oleh mu pekara2 yang lepas kalau diungkit beribu Kali pun tidak
      akan dapat membantu meringankan beban yang rakyat tanggung sekarang.
      Ungkitlah pekara2 yang berlaku sekarang agar kita semua bebas dari keperitan hidup yang am at menyeksakan.
      Esok harga minyak masak akan naik tak mau ungkit ka

      Delete
  2. Tulisan pencacai najib panjang berjela jela, dari dulu dah lama bagitau, saman la Tun, kenapa susah sangat?

    Najib ada kuasa dan segala akses untuk siasat....kenapa? Tabur air liur sahaja kah?

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...