Thursday, September 8, 2016

WARIS TUN DR ISMAIL SOKONG BERSATU

PETALING JAYA: Walaupun tidak mendapat sokongan penuh daripada keluarganya, Tariq Ismail, cucu kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman, telah menyatakan hasratnya untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Ketika dihubungi, Tariq berkata, isterinya menjadi satu-satunya insan yang menyokong keputusannya.

"Ibu bapa saya sedang berfikir tentang hal ini, kakak saya minta saya berhati-hati dan bapa saudara saya (bekas ahli Umno, Taufiq Ismail) mungkin tidak menyukainya.

"Tetapi ia benar-benar tidak menjadi masalah kerana fahaman politik kami tidak akan mengganggu hubungan keluarga. Keluarga adalah keluarga, apa-apa sahaja selain itu akan diletak tepi," katanya.

Datuk Tariq, Tun Dr Ismail, dilantik sebagai timbalan perdana menteri pada tahun 1970 oleh perdana menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein.

Beliau meninggal dunia tiga tahun kemudian akibat serangan jantung.

Mengenai sebab-sebab beliau ingin menyertai Bersatu, Tariq berkata ia adalah satu-satunya parti terbaik yang menunjukkan kemajuan pada masa ini.

"Semuanya kerana perkembangannya. Saya tidak bersetuju dengan apa yang berlaku dalam Umno kerana mereka kini hilang arah. Mereka merosot.

"Tidak pernah ada suara yang boleh memberitahu orang Melayu bahawa perkembangan bukanlah satu perkara yang tidak baik. Ia adalah mengenai membebaskan minda Melayu," katanya, sambil menambah beliau telah bercakap dengan presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjelaskan bahawa parti Bersatu adalah parti yang melakukan perubahan institusi dan akan kembali kepada semangat Perlembagaan.

Tariq berkata beliau tidak mempunyai dendam peribadi terhadap kepimpinan Umno sekarang.

"Saya tidak menentang mereka secara individu, tetapi dasar-dasar dan pendirian mereka," katanya.

9 comments:

  1. Hanya waris yg berkait dg dedak saja sokong umno.

    ReplyDelete
  2. Tahniahh..anda buat pilihan bijakk..1 akn jadi 2 dan seterusnya..Bersatu kita bersatu taat setia berganding bahu..prOoTt

    ReplyDelete
  3. Waris tun ismail dan tun ismail dua entiti yg berbeza..tun iismail ada jasa pd nrgara.. waris yun ismail tumpang bangga jadi takdir pada tun ismail.. hebat ssgt ke waris tu.... aoa sumbangan watis tun ismail tu pada negara... hampehh pooodah cittt.. tun ismail gua salute... waris dia gua x kenal tak yah lebih sudu dari kuah.... puiiiiii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..kahkah..kihkih..jangan marahh..geram takpe..prOoTt

      Delete
  4. Cucu siapa pun yg nak join BERSATU, tak ada siapa peduli la. Setakat cucu je pun, bukan ada sumbangan apa pun kpd Melayu dan negara ini. Setakat cucu je pun,hebat sangat ke?


    ReplyDelete
  5. Klu nak tempel nama Tun Ismail maka macai bodoh medwy kutty terkinja kinja lah angkat nama arwah Tun Ismail... sedangkan waris yg ditinggalkan lansung kat tau apa jasa dan pengorbanan nye... gua kenal tun ismail... tapi nak salute waris dia wasting my time.... fuckKKKkkkKk....puiiiiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuckKKKkkkKk....puiiiiiiii

      Inilah DEDAKMAN ternakkan Bugis Lanun .
      Dah tak ada modal Maki hamun pula.
      Memamg POWER DEDAK Bugis Lanun

      Delete
  6. Harap tak semudah itu spisis ini dipercayai......adek beradek Tamrin Ghafar le ni weh.....

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...