Wednesday, September 28, 2016

NAK JADI PM TAK PERLU CANGGIH

Kenapa tiba tiba pula puak umno pelik sangat Muhyiddin disebut sebagai PM atas cadangan Tun Dr Mahathir jika pembangkang menang.

Selayaknya ia sebagai Presiden BERSATU.  Tidak pelik juga jika nama Hadi Awang, Azizah atau Mat Sabu turut disebut.

Jika Muhyiddin kekal di umno, sudah tentu puak umno juga akan mencadangkan Muhyiddin sebagai PM jika Najib tiada.

Seperti sekarang,  mungkin Zahid yang paling sesuai, tetapi dalam umno sekarang,  kesetiaan amat penting untuk Najib,  jadi Hishamuddin di anggap lebih layak menggantikan Najib sebagai PM.

Samada zahid atau hishamuddin, ia memungkin sebelum PRU,  jika selepas... Nasib umno sudah tidak sama!

Berdasarkan angin, BERSATU itu bermasalah,  DAP dan Azmin tidak sebulu,  PAS tak akan sertai pembangkang dan banyak lagi... Sewajarnya puak dan pemimpin umno boleh bersantai santai dan bersenang hati walau siapa pun dicadangkan oleh pembangkang.






No comments:

Post a Comment

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...