Sunday, July 3, 2016

LIM GUAN ENG AND DRAGON DANCE...




Dalam isu 1MDB dan yang bersangkutan dengannya, termasuk "derma"....  bertahun lamanya kita rakyat melihat adegan adengan yang wajar dan tidak wajar bukan sahaja kepada batang tubuh Najib tetapi dilibatkan kerajaan, rakyat dan parti.

Pelbagai perubahan telah berlaku kepada parti dan kerajaan...boleh ditafsir sebagai tambah baik atau kerosakan...terpulang di mana posisi anda!

Sasaran utama yang lambat laun akan terkait tidak terkecuali Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat perjuangannya tidak bernoktah... Siasatan di 7 negara peringkat antarabangsa antara jurucakap Mahathir (?)

PAS sudah masuk kandang,  PKR goyah berpuak,  Mat Sabu bukan susah untuk dikendalikan. Muhyiddin dan Mukhriz masih teraba raba mencari halatuju.

Yang sedikit liat hanya DAP,  kebetulan ada kes special untuk lim guan eng...

Dengan segala kekuatan dan kebijaksanaan politik yang mewakili majoriti kaum cina,  lim guan eng tidak keseorangan bersolidariti tarian naga... Bermula dengan satu kejutan derma 1juta dalam 21jam...tak tahu pula masuk akaun siapa?
Seperti Najib,  kerajaan negeri,  rakyat dan parti dilibatkan...


Oleh kerana sudah ada contoh,  kenapa asyik tuding jari hingga lupa diri - lim guan eng sekadar menari ikut gendang.

Dunia juga sedang memerhati kita...






No comments:

Post a Comment

SATUS QM TERKINI

  Sejak Disember 2023 agak kecoh di medsos dan berlarutan hingga sekarang. Masing masing yang peka berkenaan perkembangan QM mungkin tidak p...