Wednesday, May 4, 2016

APAKAH MAHATHIR MELAKUKAN JENAYAH (?)

Aku boleh senyum 7 hari tanpa henti membaca penjelasan KPN tentang penarikan outrider Mahathir.
Sepatutnya penarikan ini lebih awal seperti saranan Nazeri.
Sudah tentu dalam pengetahuan Zahid !!!

Pembangkang adalah sebahagian dari kerajaan yang memerintah, sah di sisi perkembagaan?

Mahathir bukan pembangkang, sekadar individu, sekadar warganegara yang  tidak bersetuju dengan kerajaan sekarang.

Apakah Deklarasi Rakyat, membantah GST, Bersih,  Mengkritik PM sebagai satu jenayah (?)
Jika jawapannya "yes"...Mahathir perlu ditangkap didakwa serta merta.

# Jawapan berbaur politik (?)
# Adakah petanda Deklarasi menghampiri matlamat (?)
# Bukankah tugas PDRM mencegah jenayah, memberi perlindungan keselamatan hatta kepada seorang penjenayah sekalipun (penjenayah juga ada hak)
# Keselamatan Tun patut ditingkatkan ekoran ugutan Nazeri untuk tumbuk Tun (?)
# Apakah polis yang menentukan sesuatu itu sah atau tidak dari segi undnag-undanng, bukankah Mahkamah yang perlu membuat keputusan (?)
# Tun tidak bersalah selagi tidak di dapati bersalah oleh mahkamah (?)

9 comments:

  1. Soal nya ia lah sama ada masuk akal apa KPN Khalid kata - tak mahu anggota Polis terheret peri ke tempat tempat yang salah di sisi undang undang, saperti himpunan Bersih.

    Moot point, dalam bahasa Inggeris. Menegakkan benang kering, kot terjemahan nya dlm BM. Benang basah memang tak boleh tegak, tapi pernah sesiapa nampak benang kering berdiri dengan sendiri nya?

    ReplyDelete
  2. Kbab dan anak hanya mahu cari mkn.
    Tolonglah phm

    ReplyDelete
  3. Kalau dah bekas PM di beri outriders untuk kemudahan dia dan untuk menjaga keselamatan dia, apa pulak perlu di tarik kemudahan itu?

    Jadi, kalau takda outriders, macam mana nak jaga keselamatan dia bila dia pergi ke sana sini?

    Bodyguard ha nya seorang. Yang boleh masuk kereta bersama Tun dan duduk di depan sabelah pemandu kereta, ha nya seorang. Kalau di tempat yang ramai orang, trafik sesak, bukan kah lebih merbahaya kpd yang KPN sendiri kata perlu di jaga keselamatan nya.

    Dah teruk betul keadaan di bawah Najib sekarang nih. Najib perlu di gannti sabelom PRU14, kalau tak akan lingkup UMNO akibat begitu ramai yang dah muak dengan telatah nya.

    ReplyDelete
  4. Kalau kemudahan outriders tu di tarik dari Tun atas kehendak politikus, bermakna depa dah desperado.

    Dah gigil, mungkin goncang lutut. Takutkan kesan tindakan Tun nakkan Najib di gantikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana tak desperate nya depa - Deklarasi Rakyat dah lebih 500,000 tanda tangan ... tak masalah nak dapat 1 juta....... Bila dah dapat 1 juta, Tun akan "minta perhatian Raja Raja" di atas kempen Selamatkan Malaysia......

      Delete
    2. Raja Raja dah mmesyuarat sendirian (tanpa PM dan MB2) dulu. Keluarkan kenyataan akhbar mahukan isu 1MDB di selesaikan secepat mungkin.

      Tak lama yang lalu, Raja Raja bermesyuuarat sendirian lagi. Di Pengerusikn oleh Sultan Selangor.

      Kita tunggu lah apa akan berlaku selepas dapat 1 juta tanda tangan Deklarasi Rakyat itu.

      Delete
    3. Setuju,
      Mungkin juga majlis raja-raja tidak mahu buat keputusan sendiri takut keputusan mereka dipolitikkan. Tapi bila dah ada sejuta tandatangan dari rakyat, majlis raja-raja mempunyai alasan yang kukuh untuk bertindak berdasarkan kuasa yang mereka ada.

      Delete
  5. SEKARANG SUDAH KELAM KABUT.

    Masalah datang dari berbagai sudut. Sampai kes anak beranak sudah kepoh. Tak sempat nak fikir panjang. Janji mau ada tindakan.

    Baru nampak semakin jelas kenapa banyak kenyataan lawak bodoh hatta dari mulut pak menteeri.

    Terpaksa buat kerja bodoh bila bekerja dengan orang yang rasa terlebih cerdik dan kuat mcm Panglima berantai.

    ReplyDelete
  6. Itulah bahananya bila kuat menipu. Si penacai tuduh kita ubah tiang gol, tapi sebenarnya Najib yg pasang banyak gol, hingga tak terjaga, bolos sana bolos sini.

    Nasib baik si pencaai asyik bersorak bila kita tersasar satu dua. Kalau dia bertepuk2 seronok setiap kali kita score, sahih kena terajang dgn mat maslan.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...