Monday, April 18, 2016

UMNO KENA BELAJAR CARA SUAPAN ZAMAN BILLION




Nasihat kepada Kak Jat, untuk menyuap bukan position sebelah kiri pakcik tu, duduk dihadapan atau sebelah kanannya...itu position posing sebab nak di ambil gambar, suapan lakonan, kurang ikhlas....

Gara-gara pemimpin mahu menongkat jawatan sampai kiamat dan gara-gara disokong pemimpinnya, berbaloikah Tun Dr Mahathir dilayan sebagai musuh, denyut nadi rakyat diperlekehkan dan hari ini lebih ramai bangsa Melayu sedar, Melayu tidak bangsat 
tanpa pemimpin UMNO sekarang....




KENYATAAN MEDIA

AMANAH sokong cadangan penubuhan 'Bank of Johor'

1. Parti Amanah Negara (AMANAH) menjunjung dan menyokong penuh cadangan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar untuk menubuhkan 'Bank of Johor' bagi kemudahan rakyat di negeri itu.



2. Penubuhan bank persendirian ini diyakini dapat membantu rakyat yang kurang berkemampuan di negeri itu bukan sahaja dalam membuat pinjaman perumahan malah juga untuk pelaburan.


3. AMANAH ingin menegaskan bahawa kami bersedia bila-bila masa untuk menyumbang idea terhadap usaha murni yang dicetuskan Tuanku Sultan Johor ini. Pada kami, pengalaman 'Grameen Bank' di Bangladesh adalah antara model terbaik yang boleh dijadikan contoh.

4. 'Grameen Bank' menjadi sebuah mercu yang sangat unik dengan konsep 'bank untuk golongan miskin' yang sangat berbeza daripada bank konvensional lain. Pengasasnya Muhammad Yunus juga telah diberikan anugerah nobel ekoran kejayaannya membantu golongan miskin di Bangladesh melalui usaha penubuhan bank ini.

5. Pengalaman dan kejayaan Muhammad Yunus ini sewajarnya diteladani oleh 'Bank of Johor' ini nanti. Malah AMANAH mengharapkan Bank of Johor ini didasarkan kepada perbankan tanpa faedah dengan kata lain perbankan Islam yang lebih progresif.

"Harapan Baru"

SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara
18 April 2016




1 comment:

  1. Tak silap itu bekas Menteri Wanita yg diamanahkan gembala lembu tapi terlencong jadi kondo2 lembu mewah, kan? UMNO Najib memang pakar suap-menyuap, apatah lagi kini Coolie dah masuk camp dorang.

    Kesultanan Johor Contoh Perihatin Terhadap Rakyat:
    Selain Bank Johor, DYMM Sultan juga menyediakan Yayasan Sultan Ibrahim bagi Rumah Mampu Milik bagi warga anak watan Johor.

    a) Rumah berharga RM120,000 - RM150,000 (pendapatan seisi rumah RM8,000 sebulan);
    b) Rumah berharga RM 80,000 (pendapatan seisi rumah RM5,000 sebulan);
    c) Rumah berharga RM 42,000 (pendapatan seisi rumah RM3,000 sebulan)

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...