Saturday, March 12, 2016

AHLI CAWANGAN ADA DUA PILIHAN

Seperti kata Mukhriz dan yang sedang diviralkan, cawangan yang akan mula bermesyuarat 18hb March diarah tidak mengemukakan usul minta Najib berundur sebaliknya usul sokongan setia sampai mampuih.

Kemungkinan akan ada ahli yang meneruskan dan ini akan menimbulkan kekecohan bila ada penyokong pemakan dedak membantah dan menghalang.

Satu lagi kemungkinan yang lebih besar ialah mesyuarat tidak dapat diteruskan kerana diboikot, tidak cukup korum.

Deklarasi Rakyat difitnah diperlekeh sebagai agenda peribadi Mahathir dan dianggap tidak menjadi kudis kepada UMNO tetapi reaksi dan emosi yang ditunjukkan menggambarkan mereka sangat takut, cemas dan bimbang.

Satu parti dari satu bangsa yang sangat berbudaya, beradab dan sopan menjadi begitu rakus pada harta benda, pangkat, jawatan dan kuasa.

Islam hanya kosmetik untuk menyembunyikan wajah dan tembelang sebenar.


No comments:

Post a Comment

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...