Sunday, November 1, 2015

PERJUANGAN PERIBADI PERJUANGAN SEMPIT... YANG DI BELAKANG ( PERJUANGAN UNTUK ANWAR) DAN YANG DI DEPAN MATA ( PERJUANGAN UNTUK............ ) SEWAJARNYA SUDAH MENJADI PENGAJARAN..

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendapati mantan Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan secara Haram, dan perlu dibebaskan serta-merta

Posted on Monday, 2 November, 2015

Kuala Lumpur – Hari ini, barisan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan Pendapat No. 22/2015 oleh Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari PBB (UN Working Group on Arbitrary Detention – UNWGAD), yang sebulat suara mendapati Anwar dipenjarakan secara haram, dan melanggar undang-undang antarabangsa.

Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari mengeluarkan pendapat berikut: Pemenjaraan Saudara (Anwar) Ibrahim adalah arbitrari. . . mengambil kira semua hal dalam kes tersebut, Kumpulan Kerja ini berpendapat bahawa jalan untuk membetulkan keadaan adalah untuk membebaskan Saudara (Anwar) Ibrahim dengan serta merta, dan memastikan hak-hak politik beliau yang dirampas oleh kerana pemenjaraan beliau ini dikembalikan.

“Saya amat bersyukur dengan gesaan Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu kepada kerajaan Malaysia untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata YB Nurul Izzah Anwar. “Pendirian tegas sebegini bersolidariti bersama-sama Datuk Seri Anwar menghantar sebuah mesej yang jelas kepada Perdana Menteri, Najib Razak, dan memastikan kemerosotan hak-hak asasi manusia yang berlaku di bawah kepimpinan beliau tidak diabaikan oleh dunia,” tambah beliau.


# 1.  Jika Malaya ada pemimpin seperti Anwar dan Najib, adakah kita sudah merdeka sekarang !!!
# 2.  Tidak mustahil Anwar dibebaskan....

9 comments:

  1. Pada akhir 1980an semasa Anwar sebagai Menteri Kewangan telah mencadang Masjid Simpang Enam di George Town di majukan untuk pembangunan pusat membeli-belah dan pejabat. Para jemaah masjid telah membantah cadangan tersebut kerana masjid telah di bangunkan dan di binakan oleh seorang perdangan berlian Tn Hj Wahab pada 1893 dan tanah tersebut telah di wakafkan. Lalu para jemaah sembahyang hajat memohon kepada Allah swt supaya project ini tidak di teruskan. Seterusnya politik karier Anwar terus menjunam. Ini sebagai tanda Allah swt telah memakbulkan permintaan para jemaah. Hingga kini perangai Anwar satu demi satu timbul. Ini bukan konspirasi tapi kehendak Allah swt

    ReplyDelete
  2. Biar sipeliwat tua tu berkarat dalam Penjara Sg. Buluh.

    ReplyDelete
  3. semenjak peliwat tegar ni berehat di sg buloh....aman sikit malaysia ni.....tak lah haru biru di buatnya....

    ReplyDelete
  4. kaedah pengisian tabung sumbangan derma :

    1, dr mahadir mengujudkan syarikat2 berdaya saing kekadang dipanggil proxy pihak2 tertentu, atas sifat terimakasih sebahagian keuntungan mereka disalur kembali terus kedalam tabungan parti, ada juga ahli2 mendapat tempias, yg ini tidak boleh dinafikan. tabungan parti diurus dgn telus. rekod penderma dan penerima ada dalam cacatan bendahari parti.

    2. najib menghalakan derma sumbangan terus dalam akuan mileknya. ada yg setuju dan ada yg membantah kaedah ini. bermacam2 persoalan timbul bila berdalih2 menerangkan tujuan derma sehingga sanggup menipu menutup pembohongan demi pembohongan. kisah2nya dah jadi kronik, amat membahaya kerana parti diseretkan terlibat dlm isu ini. rekod penderma dan penerima dalam buku nota kecil 555 najib.

    3.anuar pula cekap dalam urusan derma2, sampai sekarang yg ada hanya andaian hipotesis yg sukar dibuktikan secara perundangan. sebagai iktibar, kita ambil satu contoh hipotesis kaedah penerimaan derma oleh anuar >"dalam satu discussion(***) di kementerian kewangan berlaku secara harmoni, kedua2 pihak tersenyum berjabat tangan setelah perbincangan selesai. satu suitcase tertinggal dibawah meja......"<. anuar sering sakit2 sekarang, pada yg rapat betul dgn anuar cuba tanya dalam suitcase ada apa? ingatlah Allah swt Maha Megetahui atas segala sesuatu. berkata benar walaupun dlm keadaan sukar sebagai contoh tauladan generasi akan datang.

    pada izzah sila bawa bapanya berhijrah ke amerika, disana lebih liberal, pandangan perundangan asbab anuar dipenjara berbeza, ada setengah hal prilaku dihalalkan disana dgn slogan "FREEDOM FOR ALL". jika ia mahu berhijrah ke amerika, kerajaan negara ini perlu memberikan kelulusan segera agar tekanan emosinya dapat dikurangkan.

    jika sudah dapat PR amerika, bolehlah sambung berpoltik disana tanpa sekatan, ramai penyokong anda sedang menantikan kedatangan penuh bersejarah jika ia benar berlaku. kemerdekaan jiwa dijamin disana.

    ReplyDelete
  5. Undang-undang antarabangsa yang mana yang Malaysia langgar apabila AI didakwa, dibicara, didapati bersalah, dihukum penjara? Mungkinkah undang-undang hak asasi yang diamalkan dibarat yang membolehkan hubungan seks dan perkahwinan sejantina?

    ReplyDelete
  6. "....Anwar dipenjarakan secara haram dan melanggar undang-undang antarabangsa."

    Anwar meliwat Saiful tu yang hukumnya haram dan melanggar undang-undang Islam.

    ReplyDelete
  7. AKU SEMAKIN PELIK DENGAN KLUANG DIAMOND

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...