Thursday, November 26, 2015

PDRM, AG SEDANG DIUJI INTEGRITI....

Adik Mendiang Kevin Morais Perlu Bantu PDRM, Jangan Sembunyi Maklumat - KPN

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Adik mendiang Anthony Kevin Morais perlu tampil membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kes pembunuhan abangnya atau berdepan tindakan kerana menyembunyikan maklumat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata PDRM akan memanggil Charles Suresh Morais berhubung satu laporan bahawa beliau mempunyai maklumat tertentu berkaitan kes pembunuhan mendiang abangnya itu.

"Tindakannya tidak mendedahkan maklumat boleh dianggap satu kesalahan kerana menyembunyikan maklumat. Jika dia (Charles Suresh) benar memiliki maklumat berkenaan, ia seharusnya diserahkan kepada PDRM untuk membantu siasatan.

"Saya cadangkan dia berkongsi maklumat dengan polis supaya tindakan dapat diambil. Polis tidak boleh bertindak jika tidak mempunyai maklumat mengenai mendiang Kevin," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Khalid mengulas laporan sebuah portal berita tempatan hari ini bahawa maklumat tertentu disimpan di dalam pemacu USB dan kini berada di Amerika Syarikat bersama seseorang yang diarah mendedahkan kandungannya kepada umum sekiranya sesuatu tidak diingini berlaku.

Mayat Morais, 55, ditemui di dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini pada 16 Sept lepas, dan sebelum itu Morais dilaporkan hilang pada 4 Sept lepas.

Morais kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini, untuk ke tempat kerjanya di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya.

-- BERNAMA


Tindakan undang undang wajar di ambil ke atas Charles Suresh Morais yang membuat sumpah berkanun berhubung pembunuhan abangnya Kevin Morais dengan mendakwa kemungkinan ada bukti dan motif mengakibatkan pembunuhan.
Rakyat sudah jemu dengan pelbagai dakwaan salah laku kerajaan atau individu tertentu tetapi tidak tampil kedepan dan berakhir tanpa berita.
Apakah mereka akhirnya diam kerana sudah kenyang atau sembunyi dalam ketakutan dan paling tidak mereka yang "bising" ini wajar disiasat dan didakwa...
Image result for adik morais

1 comment:

  1. kes yang ada tak di siasat ini nak siasat kes baru? mega lawak dah jangkit ke kakitangan kerajaan pulok

    ReplyDelete

SATUS QM TERKINI

  Sejak Disember 2023 agak kecoh di medsos dan berlarutan hingga sekarang. Masing masing yang peka berkenaan perkembangan QM mungkin tidak p...