Google+ Followers

Friday, February 23, 2018

MEMBURUK DAN FITNAH TUN..DI DUNIA PUN DAH DAPAT CASH

Sudah 3 bertahun segala usaha dan jentera digunakan untuk memburukan dan fitnah Tun sekadar kerana Tun memberi nasihat, teguran tertutup, kritik terbuka untuk Najib berundur secara terhormat dan parti serta negara akan selamat.

Dari keluar umno, tubuh BERSATU dan kini Pengerusi Pakatan Harapan dan kemuncaknya calon PM..begitu banyak kemajuan yang tidak pernah dijangkakan..nyatalah fitnah itu tidak terkesan langsung .. Kemenangan sementara Najib, dia masih kekal sebagai PM, itu sahaja dan masa penghujung sudah sampai.

Skandal 1mdb asalnya merupakan skandal peribadi najib tetapi berjaya dijadikan isu parti dan kerajaan untuk mempertahankannya. 

Teguran 1mdb  juga asalnya adalah pandangan peribadi Tun tetapi kemudiannya bertukar sebagai perjuangannya atas kapasiti Bapa Pembangunan Moden Malaysia dan kini perjuangan itu sudah menjadi sebahagian perjuangan pembangkang dan iltizam rakyat.

Mengadakan pilihanraya, majoriti ramalan, BN boleh menang. Andaian itu, tidak ada sebab untuk tidak mengadakan pru kecuali tahu akan kalah.

Apakah masih berbaloi untuk lipatandakan usaha "mencederakan" Tun (?) Pihak² yang bersubahat sudah pun dapat balasan  "tunai" - rugi bukan palang kepalang..

# Memadailah makan beras tempatan, semangat tempatan, support petani kita !!!




DAH GILA TALAK KE PUAK NI.




Ada yang dah keluar parti, ada yang nak keluar parti, ada yang baru merancang nak keluar parti..kesimpulannya sudah tidak berminat dengan BERSATU..barambus je lah kalau parti tu jijik dan bukan selera mereka...

Nampak sangat gila talak, busuk hati dengan buat sidang akhbar dan demo...

Yang tak buat tindakan ROS, yang dikecam Mahathir...mana satu ni?

Dah ceraikan BERSATU, berambus lah...

Jangan tunjuk sangat gila talak tu..
Kalau dapat habuan...ambik le tapi lakonan jangan over, tak malu ke dengan anak bini cucu...

Kalau bukan dedak, logiknya kalau sudah keluar parti sudah tentu tidak peduli dan biarkan parti tersebut reput dan mati sendiri..

Cuma nak nasihat puak ni, benda haram jangan dibuat..
Najib yang gagah perkasa pun tak dapat jentik pun Mahathir ini kan pula pecacai suruhan.

Maaf kasar sikit today.



Lain pula malam kelmarin di Batu Pahat...


Thursday, February 22, 2018

STRATEGI MAHATHIR...UMNO MAKIN PANIK MENJELANG PRU

Apa tujuan derma kepada BERSATU, selamatkan malaysia daripada terus ditadbir parti najib razak. Jelas dan nyata.

Derma untuk urusan parti dan jentera pilihanraya yang mempunyai rekod, transaksi, di audit, dibentang dalam Perhimpunan Agung dan laporan kepada ROS.

Ini yang tidak dibuat oleh parti najib razak berhubung 2.6B dan derma tin milo oleh parti suci. CILOK MENCILOK..

Pas juga sedang bergelut dengan isu 90juta yang hampir betul dan lagi pendedahan Rafizi serta mukaddimah Husam Musa.
Isu korup yang dikaitkan PAS jarang berlaku sebelum ini di era Nik Aziz.

Sekaligus semua pihak termasuk kepimpinan BERSATU sendiri boleh menderma kepada BERSATU dan lebih penting akaun ini tidak dapat dikaitkan dengan money laundering atau difitnah ditaja oleh pihak tertentu.

Setiap langkah² yang dibuat oleh komponen dan PH merupakan dua langkah ke depan dan inilah menyebabkan parti najib razak selalu ketinggalan.

Tindakan mengheret ROS juga merupakan satu perjuangan moral untuk ROS memberi jawapan. 
Ini bukan soal PH statik kepada apa juga keputusan ROS tetapi untuk melihat setakat mana ketakutan dan politik kotor parti najib razak. 

PH dalam kesepakatan begitu ramai pemimpin dan strategist tidak pernah kering dengan tindakan selanjutnya, dua langkah kedepan.

Tahukah anda, sebaik sahaja parlimen diistihar bubar..pendedahan demi pendedahan dari dalam dan luar negara akan menghujani najib razak dan partinya.. (?)





BILA KAIN DISELAK BARU NAK RESPON..





Sudah terlewat untuk gertak BERSATU atau PH bila sendiri buat kerja lembab. Kes telah didafarkan di mahkamah pada 21/2 memohon mahkamah arahkan ROS menjawab permohonan selepas TUJUH (7) BULAN menyepi

POLITIK KEHIDUPAN

Sekeluarga yang pernah dibesarkan dalam keadaan susah satu ketika dulu......depa buat reunion....si abang yang sulong kembalikan nostalgia masa kecik² dia yang tukang suap nasi ke mulut adik²....sebab nasi sepinggan perlu dikongsi makan ketika itu......



Sedikit sebanyak perjuangan umno dalam sosio politik orang Melayu telah meningkat selepas penekanan diberi kepada kesedaran pendidikan dan ekonomi.

Amat malang di Malaysia,  kaya dengan segala sumber, masih kedapatan sebahagian rakyat dalam situasi yang sama. Atas dasar itulah pengurusan negara ditunjangi parti najib razak perlu tidak zalim.

Masih ada di pendalaman, kanak² keciciran kerana ibubapa tidak dapat menampung persrkolahan anak² mereka kerana faktor kemiskinan.

Wednesday, February 21, 2018

LANTIK PEMIMPIN ITU BUKAN SEBAHAGIAN DARI RUKUN

Ambik tahu dan ambik ilmu..



YANG NAK KELUAR BERSATU, SEGERALAH, CEPAT SIKIT.....










Penyakit dan sakit sudah keluar..
Alhamdulillah..

# BERSATU baru setahun jagung, tapi ahlinya paling laris dalam pasaran dengan harga yang paling tinggi.